VISI, MISI DAN OBJEKTIF'
VISI
Untuk menjadi Peneraju Ekonomi Anggota Melalui Koperasi Yang Berlandaskan Syariah
MISI
Meningkatkan Taraf Ekonomi Anggota melalui perkhidmatan Terbaik dan Berkualiti
OBJEKTIF
1. Untuk menggalakkan anggota menabung dan berjimat cermat
2. Memupuk budaya keusahawanan di kalangan Anggota
3. Menjaga kebajikan anggota melalui jalinan Ukhuwah sesama anggota
PEMBIAYAIAN
Ko-PNS kini menawarkan 2 jenis skim pembiayaan iaitu:-
1. Skim Pembiayaan Peribadi-I
Ko-PNS kini menawarkan 2 jenis skim pembiayaan iaitu:-
1. Skim Pembiayaan Peribadi-I
- Kaedah Skim
- Skim ini dilaksanakan ini mengikut kaedah "Bai Al Inah"
- Had Pembiayaan
- Had maksima pembiayaan ini pada satu masa tidak melebihi RM100,000.00 tertakluk kepada kelayakan potongan gaji pemohon.
Kelulusan permohonan bergantung kepada kemampuan Koperasi dan Peruntukan kewangan yang sedia ada.
- Tempoh Pembayaran Balik
- Tempoh bayar balik pembiayaan adalah sehingga 180 bulan (15 tahun).
- Pembayaran balik pembiayaan adalah melalui kaedah potongan gaji oleh majikan (PNS).
- Potongan gaji pemohon mestilah tidak melebihi 60 peratus dari jumlah pendapatan pemohon.
- Syarat-Syarat Pembiayaan
- Anggota yang telah disahkan dalam jawatan di PNS atau anak syarikat PNS.
- Telah menjadi ahli koperasi sekurang-kurangnya 1 bulan.
- Telah menjelaskan syer minima mengikut Undang-Undang Kecil 54.
- Telah menjelaskan yuran sekurang-kurangnya satu (1) bulan atau yang bersamaan dengannya.
- Umur tidak melebihi had persaraan wajib semasa tempoh pembiayaan, mengikut mana yang terkemudian.
- Tempoh Pembayaran BalikJaminan Pembiayaan
- Setiap pembiayaan yang melebihi amaun RM5,000 hendaklah dijamin oleh seorang penjamin.
- Penjamin hendaklah anggota koperasi atau suami/isteri.
- Deposit Sekuriti
- Setiap pembiayaan yang diluluskan dikehendaki menjelaskan bayaran deposit sekuriti yang bersamaan dengan 2 bulan bayaran bulanan pembiayaan dan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.
- Tabung Perlindungan Pembiayaan
- Tabung perlindungan pembiayaan ini diwujudkan bertujuan untuk melindungi jumlah pembiayaan yang diluluskan jika penerima pembiayaan mati atau mengalami ketidakupayaan kekal. Lembaga Pengarah berhak melantik mana-mana syarikat insuran takaful bagi melindungi pembiayaan yang diluluskan. Apa-apa bayaran premium yang dikenakan oleh syarikat insurans takaful akan ditolak dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.
- Pinjaman ini terbuka kepada semua anggota Ko-PNS.
- Had pinjaman adalah sehingga RM1,000.00
- Tempoh bayar balik pinjaman adalah sehingga 6 bulan.
- Setiap permohonan yang diluluskan akan dikenakan bayaran proses sebanyak RM60.00 (Ringgit Malaysia Enam Puluh sahaja) dan bayaran tersebut akan ditolak dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.
- Setiap permohonan pembiayaan hendaklah dibuat melalui borang yang telah ditetapkan oleh Ko-PNS.
- Borang permohonan pembiayaan hendaklah disertakan dengan:
- Satu (1) salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Borang Kebenaran Potongan Gaji
- Potongan gaji akan bermula pada bulan berikutnya sesudah menerima pinjaman.
LATAR BELAKANG
Perbadanan Nasional Berhad (PNS) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang diberi mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia. PNS mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran dalam memberikan servis serta produk yang berkualiti.
PNS berperanan dalam mempelopori dan menerajui pertumbuhan industri francais negara demi merealisasikan matlamat untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang perniagaan francais. Objektif utama PNS adalah untuk membangunkan produk tempatan dan mengembangkannya di dalam dan luar negara.
PEMBIAYAIAN
Berikut merupakan antara pembiayaian yang disediakan oleh Perbadanan Nasional Berhad kepada usahawan yang berminat dalam bidang francais :
PEMBIAYAIAN FRANCIS
Francaisor
- Objektif
- Menyediakan bantuan kewangan kepada francaisor/francaisi induk untuk mengembangkan perniagaan.
- Memberi galakan dan memudahkan lebh ramai francaisor mengembangkan perniagaan ke tahap antarabangsa.
- Membantu francaisor/francaisi induk dalam mengukuhkan keupayaan untuk menggalakkan lebih banyak francaisi mengembangkan perniaagaan
- Kriteria Syarikat
- Memiliki status Syarikat Sendirian Berhad
- Berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF)
- Berdaftar dengan Persatuan Francais Malaysia (MFA)
- Syarikat mencatat keuntungan dan dana pemegang saham yang positif untuk akaun terkini yang telah diaudit
- Perniaagaan mesti mematuhi garis panduan Syariah
- Skim Pra-Francais
- Objektif - Membantu francaisor baru Bumiputera dengan menyediakan bantuan kewangan kepada francaisor dan francaisi induk yang berpotensi
- Kadar Pembiayaan Maksimum - 6% Setahun
- Tempoh Pembiayaan Maksimum - 10 Tahun
- Jumlah Pembiayaan Maksimum - 2.0 Juta
- Institusi Kewangan/Kementerian/Agensi Pelaksana - PNS
- Tujuan Pembiayaan Pinjaman - Pinjaman berjangka
- Prosedur Permohonan - Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada PNS
- Syarat Kelayakan
- Syarikat perniagaan yang masih belum berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF) dan 50% ekuiti dipegang oleh Bumiputera
- Mencatat keuntungan dan dana pemegang saham yang positif dalam akaun audit terkini dan mempunyai sekurang-kurangnya satu cawangan dan telah beroperasi tidak kurang dari setahun
- Menyediakan pelan perniagaan terperinci dan jangka masa untuk mendaftar dengan Pendaftar Francais (ROF) serta perniagaan perlu mematuhi Garis panduan Syariah
- Mengemukakan permohonan pendaftarab francais kepada pendaftar Francais (ROF), tidak lebih dari dua tahun dari tarikh pengeluaran pertama pinjaman
Francaisi
- Skim Francais Eksekutif
- Skim Pembiayaan Francaisi
- Skim Pembiayaan Kecil Francais
Pembiayaan Lain-lain
- Skim Pembiayaan Kontrak
- Skim Pembiayaan Pelesenan
Pelaburan Ekuiti
- Pelaburan Dalam Skim Francais
- Pelaburan Dalam Skim Pra-IPO
- Pelaburan Dalam Skim Mezanin
Pelaburan Hartanah
- Dana1
- Klang Sentral
- Wisma Glomac
- Kuantan Perdana
AKADEMI PNS
AKADEMI Francais ditubuhkan bagi membangunkan kumpulan profesional dalam industri francais.
Pendaftaran program latihan francais boleh dibuat secara online di :
http://intra.pns.com.my/website/franchise_oa.nsf/registration_frm?openform
HUBUNGI
HUBUNGI
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Foyer Tingkat 2, Putra World Trade Centre
45, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-2698 7800
Fax : 03-2698 7080
Laman Web : www.pns.com.my
PAUTAN PANTAS
Beikut merupakan pautan pantas jika anda berminat untuk memohon pembiayaan dengan Perbadanan Nasional Berhad :
Borang Permohonan Pembiayaan Francais | ||
Senarai Semak Permohonan Pembiayaan | ||
Surat Persetujuan Penilaian Kredit | ||
Akuan Berkanun | ||
Senarai Semak Francaisor | ||
Francaisor di bawah PPFT |
0 comments:
Post a Comment