Sunday, 15 March 2015

PROFIL USAHAWAN “From Zero-To-Hero” - ROHAIZAN



Profil Usahawan “From Zero-To-Hero”



FAIZA BAWUMI SAYED AHMAD
Pengarah Urusan Syarikat Faiza

Alamat
:
Lot 15-11 & 15-12, Blok B, Kompleks Kilang Sme Bank, No 15, Jalan Wawasan Utama, Kaw. Industri Sri Gading II, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Tel
:
607-4556609 
Faks
:
607-4556608
E-mel
:
Laman Web
:


PENERANGAN TENTANG PODUK

Syarikat Faiza telah ditubuhkan pada 1982 bersempena dengan nama pemilik syarikat iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Syarikat ini melakukan aktiviti peruncitan sebagai perniagaan terasnya. Pada 1992, Syarikat FAIZA secara rasmi ditubuhkan di bawah Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. (SFSB), dan menjalinkan modal usaha dengan Padiberas Nasional (BERNAS) pada tahun 1997.

Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisQ1yDAESv_1S71bVq0A0MsEuav7kfE4DrHBc1ulup87DsvxrwyRNx_8GkbOupY_-UiE3hf6dBJhhEaxdtOpkKgbwdVyFst2rQ2YLeMPskWgd7fJu_MRmMHDJv5mtYGSeCS0LbLiZjHyo/s1600/rempahratus.jpg



BAGAIMANA PERNIAGAANNYA MENDAPAT KEJAYAAN?

Sekitar tahun 1998, melihat kepada gaya pemakanan kurang sihat di kalangan masyarakat Malaysia telah mendorong Hajah Faiza untuk mempromosi beras ponni dari India yang dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi. Bagi membuktikan kebaikan yang dimiliki beras itu, syarikatnya telah bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk membuat kajian dan hasilnya memang positif. Beliau juga telah melabur berjuta ringgit bagi produk beras Taj Mahal dan telah meminta hak eksklusif daripada Bernas. Kewujudan Beras Taj Mahal diakui telah memberi satu revolusi baru dalam gaya pemakanan rakyat Malaysia.

CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUS SYARIKAT

Faiza Bawumi Sayed Ahmad, seorang wanita yang berperwatakan lembut ini sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1992 itu berada di landasan betul sekali gus mencatatkan keuntungan sabah tahun.

Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, Faiza pernah menjadi juruwang di kedai mulik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.

“Kejayaan ini tidak datang dengan mudah, saya bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 selain menjual pelbagai barangan dapur.

“Kemudian, saya beralih membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya yang dilakukan di rumah dan mengedarkannya di kedai-kedai,” katanya.

Ibu kepada tujuh orang anak itu menambah, modal daripada menjual rempah kari itu, digunakan untuk membuka kedai runcit. Dari situ beliau mendapati pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain.

Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan beli berasnya jika beliau menjualnya.

Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam.
Sehingga kini, perniagaan beras keluaran beliau mendapat sambutan. Meskipun saingan sengit, Syarikat Faiza telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal. 

STRATEGI PERNIAGAAN BELIAU

Syarikat Faiza juga bukan sahaja dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, tetapi juga disebabkan produk yang dihasilkan seratus peratsu buatan Islam dan halal. Syarikatnya kini mengedar lebih 21 jenama beras termasuk yang paling dikenali dikenali, iaitu “Herba Ponni Taj Mahal”, malah anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk Raja Kari., Rempah Bukhari dan yang terbaru ialah bihun. Syarikat faiza juga telah menerima pelbagai jenis pengiktirafan antaranya termasuklah Sijil ISO 9001:2000 oleh SIRIM pada Mac 2004., Anugerah Superbrand Taj Mahal oleh Superbrand Malaysia pada November 2003 dan menerima pengiktirafan Sijil Halal oleh JAKIM pada 2003. Malah syarikat ini juga pernah dinobatkan sebagai Pembekal Berak Terbaik BERNAS pada 2001.

PENCAPAIAN KEJAYAAN BELIAU

Syarikat Faiza juga telah menerima pelbagai jenis pengiktirafan antaranya termasuklah sijil ISO 9001:2000 oleh SIRIM pada Mac 2004, anugerah Superbrand Taj Mahal oleh Superbrand Malaysia pada November 2003 dan menerima pengiktirafan sijil Halal oleh JAKIM pada 2003. Malah, syarikat ini juga pernah dinobatkan sebagai Pembekal Beras Terbaik BERNAS pada 2001. Menyingkap pula pada anugerah yang diterima oleh pengasasnya iaitu Hajah Faiza, ibu kepada tujuh anak itu pernah dinobatkan sebagai Tokoh Ibu Mithali Perkim pada 2007 dan Wanita Anggun pada tahun 2005. Pada peringkat negeri pula, beliau yang bermastautin di Johor telah dinobatkan sebagai Wanita Nadi Negara peringkat Johor pada 2007.

KUNCI UTAMA KEJAYAAN FAIZA BAWUMI

Menjelaskan tentang kunci kejayaannya, beliau telah berkongsi tips kejayaan beliau. Antaranya adalah bangun tidur seawal jam 4.30 pagi setiap hari dan tidur sekitar jam 10.30 malam. Selain itu, beliau juga tidak akan lupa untuk menjadikan Al-Quran sebagai bacaan harian beliau. Niat beliau untuk berniaga bukanlah untuk menjadi kaya raya, tetapi untuk membantu masyarakat di negara ini seramai yang boleh agar mereka juga dapat merasa rezeki yang diperolehinya. Syarikat Faiza muncul di antara syarikat yang paling tinggi membayar zakat di Malaysia. Selain itu, kunci kejayaan beliau juga adalah dengan mengamalkan solat sunat Dhuha dan juga mengamalkan bacaan surah Al-Waqiah.

Bagi menghargai pekerja-pekerja yang bekerja di syarikat beliau, semua pekerjanya dianggap sebagai anak sendiri. Walau bagaimanapun, beliau tetap mempunyai sikap tegas dengan pekerja yang bermasalah bagi memastikan perniagaannya setiasa berada di landasan yang betul.

SUMBER RUJUKAN






0 comments:

Post a Comment