Sunday, 17 May 2015

Rancangan Perniagaan - NORSHAFIRA

PENGENALAN

Persekitaran perniagaan pada masa kini adalah dinamik, komplek dan sentiasa berubah mengikut keadaan. Dalam untuk meraih dan memastikan kelebihan dalam persaingan, seorang usahawan mesti mempunyai satu perancangan perniagaan yang baik. Perancangan perniagaan merupakan salah satu alat pengurusan untuk mencapai objektif perniagaan. Oleh kerana itu, sesebuah syarikat mestilah menyediakan perancangan perniagaan yang dapat meyakinkan dan menarik minat para pelabur.

Para pelabur lebih bersedia dan berkeyakinan untuk melabur di dalam sesuatu perniagaan apabila mereka percaya perancangan perniagaan itu  realistik dan akan di ramalkan akan membawa keuntungan kepada perniagaan. Apabila pengurusan perniagaan disediakan berdasarkan maklumat yang betul, para pelabur akan mempunyai keyakinan kepada pasaran, barangan dan perkhidmatan syarikat. Ketelitian pada pelan perniagaan akan menghasilkan kecekapan pengurusan, pengalaman dan latarbelakang perniagaan.

PELAN PERNIAGAAN

Pelan Perniagaan adalah dokumen bertulis yang menerangkan secara terperinci keseluruhan pelan perniagaan dimana usahawan bermaksud untuk menyertainya. Walaupun usahawan telah bertahun-tahun di dalam dunia perniagaan, pelan perniagaan yang telah dibuat dengan teliti membolehkan usahawan untuk menilai semula perniagaan yang sedang dijalankan atau melakikan pertimbangkan untuk membuka perniagaan baru. Walaubagaimanapun pelan perniagaan merupakan pelan masa hadapan syarikat, dipersembahkan dalam format perniagaan piawai yang logik dan realistik. Pelan perniagaan mestilah menceritakan idea dan cita-cita dengan jelas. 

 Untuk menyempurnakan perkara ini, pelan mestilah termasuk tiga perkara yang dinyatakan:
  1. Fokus kepada bukti, ianya menunjukkan kepakaran usahawan di dalam perniagaan yang mereka cenderung untuk menyertainya.
  2. Memahami sasaran pelanggan yang usahawan tentukan dengan mengenalpasti dan menyenaraikan pelanggan yang diharapkan.
  3. Untuk memenuhi kehendak para pelabur dan pemberi hutang sebelum salah satu daripada mereka bersedia untuk melabur di dalam perniagaan tersebut.
Menurut Patricia Utton (2001), pelan perniagaan ialah satu program yang lengkap ataupun lakaran peta setiap yang dapat dibayangkan perkara-perkara yang usahawan perlu ambil semasa mengemukakan sesuatu perniagaan. Ianya meliputi banyak hal, pelan dapat menjelaskan apa yang usahawan bertujuan untuk melakukan, bagaimana hendak melakukannya, bila usahawan hendak melakukannya, dimana hendak melakukannya dan mengapa usahawan percaya yang ideanya bernas dan dapat membuat keuntungan daripadanya. Kesimpulannya, ianya merupakan petunjuk yang tersusun untuk mencapai matlamat usahawan dalam menjalankan perniagaan.

Disamping itu, pelan perniagaan merupakan peralatan yang sesuai untuk menyemak faktor dan pengujian meliputi praktikal idea sebelum di masukkan di dalam tindakan. Ianya memberi usahawan peluang untuk harapan yang realistik dan tindakan ke atas perniagaan yang dijalankan. Dengan kata lain, ianya menolong usahawan untuk mengenalpasti kelebihan dan kekurangannya, dan perkara terperinci yang usahawan perlu mengambil berat ialah peluang untuk meraih keuntungan dan ancaman yang harus dihadapi. Semua perkara ini akan menentukan bagaimana mereka akan mencapai kejayaan yang besar di dalam bidang perniagaan.

Pada amnya, usahawan perlu untuk menyediakan pelan perniagaan yang berkesan untuk perkara seperti:
  1. Ianya memaksa usahawan untuk menyusun pemikiran mereka dalam bentuk logik dan berstruktur.
  2. Ianya membantu mereka untuk mencipta rangka kerja perniagaan dengan mengenalpasti aktiviti tangungjawab dan objektif yang hendak dicapai.
  3. Ianya mendorong usahawan untuk melihat sesuatu secara realiti dan mencari kelemahan yang ada sebelum ianya benar-benar berlaku. 
  4. Ianya menolong usahawan untuk membuat strategi untuk mencapai semua objektif 
  5. Ianya bertindak sebagai pelan tindakan kerja atau garis panduan dalam menjalankan perniagaan mereka. 
  6. Ia membolehkan mereka untuk mengenalpasti sekatan yang mungkin akan mereka hadapi apabila menjalankan perniagaan

A) MAKLUMAT AM PEMOHON


Nama Syarikat/Firma              : NONAMA BEAUTY CENTRE (Firma milik tunggal)
Alamat & No. Tel                    : No. 123, Jalan Bersatu 123, Taman Bersatu 48000 Rawang
Tarikh / No. Pendaftaran         :  25 Julai 2001/ 01234567 - T
Tarikh Beroperasi                    :  25 Ogos 2001 (Jangkaan)
Modal Sumbangan                  RM43,600



Nama Pemilik
Jumlah modal di miliki (RM)
Sediaada
Baru
Jumlah
Nonama Bt Abdullah  
No.123, Jalan Pandan Indah, Pandan Indah 55100 Kuala Lumpur


RM 43,600

RM 43,600


Jenis Perniagaan                      : Salon Kecantikan
Aktiviti                                    : Perkhidmatan kecantikan dan Rawatan kesihatan  
Milikan Modal                        : 100% Bumiputera      

                                                                        Pemilik


Bil

Nama/Alamat/K.P

Umur
Jawatan dalam firma ini
% Modal dimiliki
1.
Nonama Bt Abdullah
No. 123, Jalan Pandan Indah
Pandan Indah 55100 Kuala Lumpur
K.P : 123456789
33 Tahun
Pengurus
100%
Jumlah
100%
     

B) PERIHAL PROJEK 

Aspek Teknikal 
Lokasi Projek 
Buat masa ini, perniagaan dijalankan di rumah pemilik sahaja iaitu di Pandan Jaya, Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, pemilik akan memulakan perniagaan di premis yang baru disewa di Taman Bersatu, Rawang setelah selesai proses ubahsuaian yang sedang dijalankan masa ini sejajar dengan usaha pemilik untuk memperkembang dan memperbesarkan perniagaan yang pada mulanya dijalankan secara kecil-kecilan. Butir-butir premis baru, kadar sewa dan pemilikanya adalah seperti berikut:-

 

Keluasan premis adalah 1400 kaki persegi. Keluasan ini sudah mencukupi untuk menempatkan semua peralatan serta dapat memberikan keselesaan. Susun atur peralatan adalah seperti langkaran pelan lantai yang dilampirkan. Rupa bentuk fizikal premis adalah seperti gambar-gambar yang dilampirkan sehingga masa ini, pemilik telah mengeluarkan wang sebanyak RM 9600 sebagai bayaran 3 bulan deposit sewa dan perjanjian sewa telah pun disempurnakan. Premis perniagaan yang berada dikawasan perniagaan Taman Bersatu ini dianggap strategik kerana lokasinya menjadi tumpuan ramai pada setiap hari.

Mesin/Peralatan/Kelengkapan Penting Sediada   
Walaupun pengusaha telah pun memulakan perniagaan secara kecilan dirumah beliau, namun beberapa peralatan sediada tidak akan dibawa ke tempat baru kerana kurang sesuai. 

Mesin/Peralatan/Kelengkapan yang akan dibeli dan diubahsuai
Bagi memastikan perkhidmatan yang baik dan memuaskan yang dapat memenuhi keperluan kebanyakkan pelanggang, firma telah memutuskan untuk membeli peralatan-peralatan dan membuat ubahsuai seperti berikut:-


















Catatan:
Peralatan –peralatan diatas adalah peralatan yang lazim digunakan olek kebanyakkan salon kecantikan seperti ini. Sebagai perbandingan harga, sebutharga daripada 3 orang pembekal telah diperolehi. Pemilihan pembekal diatas adalah berdasarkan sebutan harga yang terendah. Tempoh sah harga sebut harga ialah selama 3 bulan. Spesifikasi untuk ubahsuai adalah seperti dilampirkan. Lee Lee Construction dipilih kerana syarikat ini menawarkan harga terendah. Tempoh sah sebut harga adalah selama 3 bulan 

Syarat – syarat pembayaran kepada pembekal-pembekal diatas adalah seperti berikut:-








Aspek Pasaran 
a.    Ciri-ciri Umum Produk/servis dan Pengguna 
Firma menjalankan perniagaan pusat rawatan kesihatan dan kecantikan serta khidmat perunding perkahwinan. Perniagaan firma termasuklah melangsing badan, mendandan rambut, rawatan muka dan biomagnetik (rawatan kesihatan yang menggunakan kombinasi akupuntur dan refleksologi), urutan tradisional (urutan biasa dan selepas bersalin), mandian SPA dan juga persiapan perkahwinan seperti andaman, gubahan hantaran, sewaan baju pengantin, dan lain-lain lagi.

Disamping menjalankan perkhidmatan yang tersebut diatas, firma juga ada menjual pelbagai produk-produk kecantikan dan kesihatan yang kebanyakkannya adalah berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan wanita. Firma dijangka akan dapat menarik minat ramai wanita untuk mencuba dan seterusnya menggunakan khidmat yang disediakan oleh firma. Ini kerana kecantikan merupakan idaman setiap wanita. 

b.    Pasaran Am 
Penjagaan kesihatan dan kecantikan amatlah diambil berat terutamannya oleh wanita-wanita moden masa kini yang amat mementingkan kesempurnaan diri. Ini adalah kerana wanita pada zaman ini banyak berkecimpung didalam kerjaya professional dan perniagaan sendiri yang setaraf dengan lelaki. Oleh sebab itu, kebanyakkan wanita amat mengambil berat tentang keterampilan diri masing-masing agar kelihatan muda, bergaya, sihat, ceria dan yakin.

Perkembangan industri perkhidmatan kesihatan dan kecantikan pada masa ini adalah amat menyakinkan dan mempunyai prospek yang besar untuk terus berkembang maju selaras dengan peningkatan taraf wanita seperti yang tersebut diatas. Perkembangan belanjawan 2002 yang memberikan kenaikan 10% kepada kakitangan kerajaan dan bonus tahunan dengan kadar minima RM1,000.00 juga dijangka akan memberi kesan positif kepada perkembangan industri ini.  

c.    Sasaran Pasaran Syarikat/firma 
Pada peringkat awal perniagaan, fokus utama firma adalah tertumpu kepada pelanggan yang berada dikawasan Rawang iaitu:  
*Taman Rawang Perdana 1&2  
*Taman Bersatu  
*Taman Tun Teja  
*Kampung Melayu Batu 16  
*Kampung Tenaga   

Secara amnya, populasi dikawasan-kawasan tersebut didominasikan oleh penduduk bumiputera. Faktor ini akan memberikan kelebihan kepada firma untuk memenangi pelanggan-pelanggan dari kaum bumiputera. Oleh itu, lokasi yang dipilih oleh pemilik bagi menjalankan perniaagaannya adalah baik dan berpotensi besar untuk berjaya. Lokasi firma berada dikawasan komersial Taman Bersatu yang berhampiran dengan pusat-pusat perniagaan, perkembangan komersil, klinik pusat beli belah akan memberikan peluang yang besar untuk mendapatkan perhatian pelanggan. 

Pelanggan-pelanggan yang disasarkan mempunyai ciri-ciri berikut:- 
*Wanita berumur diantara 18-45 tahun
*Wanita bekerja 


Related Posts:

0 comments:

Post a Comment