Sunday, 17 May 2015

Rancangan Perniagaan - Amirul Amri

RINGKASAN EKSEKUTIF


Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah bagi mendapatkan pembiayaan kewangan dari [agensi pembiaya/bank] di bawah [nama Skim Pembiayaan] bagi projek Kedai Dobi saya iaitu [nama perniagaan] di [lokasi].

Berbekalkan pengetahuan melalui kursus perniagaan dobi anjuran [agensi/syarikat] dan pengalaman bekerja secara praktikal selama 3 bulan di sebuah kedai dobi di [lokasi], saya bercadang untuk membuka Kedai Dobi saya dengan anggaran kos projek sebanyak [RM250,000].

Kos projek tersebut termasuklah pembelian peralatan kedai & premis, ubahsuai premis, pembelian stok, perbelanjaan pra-operasi dan modal pusingan. Daripada jumlah tersebut, saya bercadang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan [nama Skim Pembiayaan] sebanyak [RM200,000] manakala sumbangan saya adalah sebanyak [RM50,000].

[lokasi cadangan] saya dapati adalah satu lokasi yang strategik untuk perniagaan Kedai Dobi kerana ia mudah dilihat dan mudah diakses dari jalan raya utama. Persekitarannya juga amat sesuai kerana ia terletak di premis pusat perniagaan [pekan/bandar ABC] dengan dikelilingi oleh [5] buah taman perumahan dan terdapat [2] buah kondominium dan [2] apartment berhampiran dengannya.

Dengan tahap persaingan yang sederhana dari [3] buah Kedai Dobi sedia ada, saya yakin dapat bersaing dengan mereka dengan menguasai lebih kurang [25%] daripada saiz pasaran dengan kekuatan pada kualiti perkhidmatan dan harga yang berpatutan.

Produk perkhidmatan dobi saya antara lain akan merangkumi cucian normal, cucian comforter/toto, cucian cadar, langsir, blanket, lapik kusyen, khidmat menggosok pakaian, cucian kering seperti baju kurung set, kot, blazer, jaket, suit (kot dan seluar panjang), kemeja, kemeja T, jeans, seluar panjang dan lain-lain.

Berdasarkan trend pasaran masa kini, pemerhatian saya mendapati bahawa permintaan perkhidmatan dobi semakin meningkat terutamanya kepada golongan muda yang sibuk dan juga permintaan terhadap cucian ‘dry cleaning’ yang semakin memberangsangkan berikutan taraf hidup penduduk yang semakin meningkat.

Pemerhatian saya juga mendapati bahawa senario masa hadapan perniagaan dobi adalah cerah berdasarkan trend dan gaya hidup penduduk yang mahukan keselesaan dan kualiti perkhidmatan yang cepat, cekap dan efisien.

Saya berharap dengan bantuan [skim pembiayaan] ini akan dapat merealisasikan rancangan perniagaan saya dan seterusnya dapat mengembangkan potensinya bagi memajukan dan meningkatkan lagi ekonomi Bumiputera dalam bidang peruncitan dan perniagaan dobi khasnya.







1.0               PENDAHULUAN

1.1               Tujuan Penyediaan Rancangan Perniagaan

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan sebanyak [RM200,000] dari [Skim Pembiayaan] dikelolakan oleh [agensi pembiaya/bank] bagi membiayai pembelian peralatan, ubahsuai premis, pembelian stok, perbelanjaan pra-operasi dan modal pusingan bagi membuka Kedai Dobi saya di [lokasi].


2.0        PERMOHONAN DAN CADANGAN STRUKTUR PEMBIAYAAN

2.1        Permohonan Pembiayaan

Kemudahan pembiayaan yang dipohon adalah bagi keperluan kewangan seperti berikut:-

No.
Keperluan
RM
1
Peralatan Dobi
170,000.00
2
Peralatan Kedai & Premis
5,000.00
3
Ubahsuai & Dekorasi
15,000.00
4
Pembelian Stok – Bahan cucian
2,000.00
5
Deposit Sewa Premis
5,000.00
6
Perbelanjaan Pra-Operasi
10,000.00
7
Yuran Guaman
3,000.00
8
Modal Pusingan
40,000.00

Jumlah
250,000.00

2.2   Cadangan Struktur Pembiayaan

Sumbangan/Pembiayaan
%
RM
Pengusaha
- Deposit Sewa, Yuran Guaman  dan Stok Bahan Cucian
20.00
50,000.00
Pinjaman [Skim Pembiayaan]
- Peralatan, Ubahsuai, Pembelian Stok Dan Modal Pusingan
80.00
200,000.00
Jumlah
100.00
250,000.00


3.0   LATAR BELAKANG USAHAWAN

3.1               Butir-butir Peribadi Usahawan

Nama                           : Ahmad Bin Ali
No. K/P                                    : xxxxxx-xx-xxxx (Salinan K/P di LAMPIRAN 1)
Umur                            : xx tahun
Tarikh Lahir                   : xx Jan 19xx
Taraf Perkahwinan         :
Warganegara                 : Malaysia
Alamat Sekarang           :
                                    :
                                    :
Alamat Tetap                 :
                                    :
Telefon                         :                     (h/p)                       (rumah)                     (pejabat)
Faks                             :

Pendidikan/Kemahiran/Kursus/Anugerah :

Tahun
Institusi
Kelulusan/ Anugerah
2005
Mara
Sijil Kursus Perniagaan Dobi
2004
Mara
Sijil Asas keusahawanan
1998
Sekolah xxx
SPM
Nota: Sijil-sijil dilampirkan di LAMPIRAN 2

Pengalaman Kerja/Perniagaan :

Tahun
Majikan/Perniagaan
Pengalaman
2006 - Sekarang
Kedai Dobi Ahmad
(Pemilik Tunggal)
Pengusaha Kedai Dobi Ahmad
2005
Kedai Dobi Mesra
Praktikal 3 bulan
1998 -2004
Pasaraya ABC
Penyelia Pasaraya

Jawatan Dalam Pertubuhan Sosial Dan Politik  :

Nama Pertubuhan
Jawatan Dipegang
Tempoh







Jurubank :

Nama Dan Alamat Bank
Jenis & No. Akaun
Tarikh Dibuka







Pendapatan Bersih :

Pendapatan
RM
Perbelanjaan
RM
Gaji Bersih
5,000
Belanja Sarahidup
1,000
Pendapatan Lain – Sewa Tanah
1,000
Bayaran Pinjaman Kenderaan
1,000


Bayaran Pinjaman Perumahan
1,200


Bayaran Pinjaman Bank Rakyat
500








Jumlah Pendapatan (A)
6,000
Jumlah Perbelanjaan (B)
3,700
Pendapatan Bersih (A) –(B)
2,300











Harta & Liabiliti :


Harta
Nilai Pasaran
RM

Liabiliti
Baki
Semasa
RM
Rumah Teres
250,000
Housing Loan - Ambank
180,000
Tanah
100,000
-
-
Kereta – Honda Civic
115,000
Car Loan – Public Bank
90,000


Personal Loan – B. Rakyat
30,000


Kad Kredit
5,000




Jumlah Harta (A)
465,000
Jumlah Liabiliti (B)
305,000
Harta Bersih (A) –(B)
160,000



3.2               Butir-butir Rakan Kongsi

Nama                           : Aminah Binti Abu (Isteri)
No. K/P                                    : xxxxxx-xx-xxxx (Salinan K/P di LAMPIRAN 3)
Tarikh Lahir                   : xx Jan 19xx
Warganegara                 : Malaysia
Umur                            : xx tahun
Alamat Sekarang           :
Alamat Tetap                 : 
Telefon                         :                    (h/p)                       (rumah)                     (pejabat)
Faks                             :

Pendidikan/Kemahiran/Kursus :

Tahun
Institusi
Kelulusan/ Anugerah









Nota: Sijil-sijil dilampirkan di LAMPIRAN 4

Pengalaman Kerja/Perniagaan :

Tahun
Majikan/Perniagaan
Pengalaman










Jawatan Dalam Pertubuhan Sosial Dan Politik  :

Nama Pertubuhan
Jawatan Dipegang
Tempoh










Jurubank :

Nama Dan Alamat Bank
Jenis & No. Akaun
Tarikh Dibuka







Pendapatan Bersih :

Pendapatan
RM
Perbelanjaan
RM
Gaji Bersih – Suri Rumah
-
Belanja Sarahidup
-
Pendapatan Lain – Baby Sitter
400
Bayaran Pinjaman Kenderaan
-


Bayaran Lain
-




Jumlah Pendapatan (A)
400
Jumlah Perbelanjaan (B)
-
Pendapatan Bersih (A) –(B)
400



Harta & Liabiliti :


Harta
Nilai Pasaran
RM

Liabiliti
Baki
Semasa
RM
Tanah (1 Ekar)
40,000

-












Jumlah Harta (A)
40,000
Jumlah Liabiliti (B)
-
Harta Bersih (A) –(B)
40,000




4.0   PROFIL PROJEK

4.1        Perniagaan Dicadang

Nama Perniagaan                      : Kedai Dobi Ahmad
Nama Didaftarkan                      : Perniagaan Dobi Ahmad
No. Pendaftaran                                    : 001234567-U (Rujuk Sijil Pendaftaran di LAMPIRAN 5)
Alamat Perniagaan                     : [Alamat lokasi yang dicadangkan]
  
  (Rujuk perkara 6.2 di bawah untuk peta lokasi)
Tarikh Didaftarkan                     : xx/xx/200x
Tarikh Mula Niaga                      : xx/xx/200x
Bentuk Perniagaan                     : Perkongsian
Pemilik                                     : 1) Ahmad Bin Ali
                                                  2) Aminah Binti Abu
Jenis Perniagaan                       : Perniagaan Kedai Dobi





5.0        ASPEK PENTADBIRAN & PENGURUSAN

5.1         Senarai Pekerja Utama Dan Tugas

Nama                           : Ahmad Bin Ali
Jawatan                        : Pengurus
Pengalaman                  : Rujuk Profil Pemilik di Perkara 3.1 di atas
Gaji Bulanan                  : RM2,500.00
Tugas                           : Mengurus operasi, pentadbiran dan kewangan

Nama                           :
Jawatan                        : Penyelia Kedai
Kelulusan                      : SPM
Pengalaman Kerja          : 2 tahun bekerja di [nama perniagaan/syarikat]
Gaji Bulanan                  : RM1,200.00
Tugas                           : Menyelia keseluruhan operasi cawangan

Nama                           :
Jawatan                        : Pembantu Kedai I,II,III & IV
Kelulusan                      : SPM
Pengalaman Kerja          : Tidak perlu pengalaman
Gaji Bulanan                  : RM700.00
Tugas                           : Menyelia keseluruhan operasi cawangan





6.0   ASPEK OPERASI

6.1               Lokasi Premis Cadangan

[Nyatakan alamat lokasi]

6.2               Peta Lokasi Cadangan
           
[Masukkan peta lokasi seperti contoh di bawah. Peta perlu menunjukkan lokasi premis, jalan utama, bangunan-bangunan utama dalam radius lebih kurang 5 km atau radius potensi sasaran pasaran]

6.3               Waktu / Hari Perniagaan
           
Waktu Perniagaan    : 10.00 Pagi hingga 7.00 Malam
Hari Dibuka             : Isnin Hingga Ahad
                                (Nota: Ahad dan Cuti Umum dibuka hingga 2.00 Petang)
Hari Cuti                 : Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Haji

6.4             Bekalan Bahan Cucian

Bekalan bahan cucian dibeli dari pembekal-pembekal seperti berikut:-

Bil
Pembekal
Lokasi
Bahan Cucian
Terma
(Kredit/Tunai)
1
Ah Fatt Laundry
Kuala Lumpur
Bahan Cucian
Kredit 1 bulan
2
ABC Laundry
Seremban
Bahan Cucian
Kredit 1 bulan
3
Kareem Laundry
Ipoh
Bahan Cucian
Tunai
4
XYZ Laundry
Ipoh
Bahan Cucian
Tunai


6.5              Aliran Proses
6.5.1          Jualan Pelanggan Walk-In

              (a) Tempahan Jualan
              (b) Proses Cucian
              (c) Pembayaran Oleh Pelanggan

6.5.2     Jualan Pelanggan Kontrak

                (a) Arahan Kerja (Work Order) Dari Pelanggan
                 (b) Proses Cucian
                (c) Penghantaran Dan Pembayaran Pelanggan

6.6               Senarai Perkhidmatan



Bil


Jenis Perkhidmatan


Harga
(RM)
1
Cucian Normal
RM2.00 / Kg
2
Cucian Comforter/ Toto
RM9.00 / Helai
3
Cucian Cadar / Langsir / Blanket / Lapik Kusyen
RM5.00 / Kg
4
Khidmat Menggosok Pakaian
RM1.00 / Helai
5
Cucian Kering – Baju Kurung Set
RM9.00 / Pasang
6
Cucian Kering – Kot, Blazer, Jaket
RM9.00 / Helai
7
Cucian Kering – Suit (Kot Dan Seluar Panjang)
RM12.00 / Pasang
8
Cucian Kering – Kemeja, Kemeja T, Jean, Seluar Panjang
RM5.00 / Helai




6.7               Keupayaan Pengeluaran Dan Jualan Maksima (Sebulan)


Produk
Mesin
Unit Mesin
Penggunaan
Mesin Setiap Cucian
Kapasiti Setiap Cucian
Kapasiti Cucian Maksima
Anggaran Jualan Sebulan
(Setiap Kg atau Helai)
(Anggaran)

Anggaran Jualan Maksima
Sebulan
(RM)

Sehari
(10 Jam)

Sebulan
(276 jam)
Cucian Basah
Mesin Basuh
Dryer
3
3
60 Minit
60 Minit
20 Kg
20 Kg
600 Kg
600 Kg
16,560 Kg
RM3.50

57,960.00
Cucian Kering
Mesin Dry Cleaning
1
15 Minit
1 Helai
40 Helai
1,104 Helai
RM8.00
8,832.00








66,792.00

Nota: Dengan 3 unit Mesin Basuh, 3 unit Dryer dan 1 Mesin Dry Cleaning, perniagaan mempunyai keupayaan menghasilkan Anggaran Jualan Maksima Bulanan bernilai lebih kurang RM66,792.00

7.0   ASPEK PEMASARAN

7.1               Sasaran, Saiz & Syer Pasaran (Pelanggan Walk-In)

No.
Segmen Pasaran/ Pelanggan
(Dalam Radius
5 km)
Populasi




(A)
Peratus Menghantar
Dobi


(B)
Purata Belanja
Dobi (Sebulan)
RM
(C)
Saiz Pasaran
(Sebulan)
RM

(D) = (A)x(B)x(C)
Peratus
PeganganSyer Pasaran

(E)
Jangkaan Pegangan Syer Pasaran
(Sebulan)
RM
(F) = (D)x(E)

1


Taman Perumahan A

600
Keluarga

30%

50.00


9,000.00

25%

2,250.00

2


Taman Perumahan B

500
Keluarga

30%

50.00


7,500.00

25%

1,875.00

3

Taman Perumahan C

400
Keluarga

20%

50.00

4,000.00

25%

1,000.00

4


Apartment A

300
Keluarga

50%

100.00

15,000.00

40%

6,000.00

5


Apartment B


300
Keluarga

50%

100.00

15,000.00

40%

6,000.00


6


Kondominium A

250
Keluarga

60%


150.00

22,500.00

40%

9,400.00

7


Kondominum B

250
Keluarga

60%

150.00

22,500.00

40%

9,600.00

JUMLAH

95,000.00

35,125.00


7.2               Senarai Prospek Pelanggan Kontrak/Tender


Bil
Pemberi Kontrak/ Tender
Kontrak / Tender Dijangka Diperolehi
Nilai
Kontrak/ Tender
Setahun
(RM)
Tuntutan Bulanan


(RM)
1
Sekolah Menengah Dato Ahmad
2009
30,000
2,500
2
Sekolah Menengah Jalan Bandar
2009
30,000
2,500
3
Hotel Sentosa
2009
60,000
5,000

Jumlah
-
120,000
10,000



7.3               Analisa Pesaing


No.
Pesaing
Kekuatan
Kelemahan
1
Kedai Dobi Indah
Lokasi yang strategik, harga yang berpatutan. Telah beroperasi 5 tahun.
Dekorasi kedai kurang menarik, layanan kurang mesra, perkhidmatan kurang cekap
2
Lim Laundry
Lokasi yang strategik, layanan yang mesra.
Harga kurang menarik, tiada perkhidmatan Dry Cleaning. Masih baru di pasaran.
3
Kedai Dobi Mutu
Harga yang berpatutan.
Lokasi kurang strategik. Tiada perkhidmatan Dry Cleaning.


7.4               Strategi Pemasaran

7.4.1          Pengiklanan
-     Melancarkan laman web perniagaan.
-     Mengedarkan pamplet beserta kupon harga istimewa di surau, masjid dan peti surat setiap rumah.

7.4.2          PromosI
-     Promosi sepanjang musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas.
-     Penajaan hari sukan sekolah-sekolah sekitar bandar dan kampung.

7.4.3          HargA
-     Harga istimewa untuk Ahli Berdaftar
-     Promosi pemegang kupon di mana dengan nilai cucian terkumpul sebanyak RM200 akan mendapat percuma cucian bernilai RM10.

7.4.4          Edaran
-     Menyedia penghantaran percuma kepada pelanggan di radius 5 km.


8.0               ASPEK KEWANGAN

8.1               Keperluan Kewangan












8.2               Unjuran Jualan

Tahun Pertama
Ogos 08
Sept. 08
Okt 08
Nov 08
Dis 08
Jan 09
Jumlah
15,000
25,000
16,000
17,000
18,000
19,000
110,000
Feb 09
Mac 09
Apr 09
Mei 09
Jun 09
Jul 09
Jumlah
20,000
20,000
21,000
21,000
22,000
22,000
126,000






236,000

Tahun Kedua
Ogos 09
Sep 09
Oct 09
Nov 09
Dis 09
Jan 10
Jumlah
23,000
23,000
24,000
24,000
25,000
25,000
144,000
Feb 10
Mac 10
Apr 10
Mei 10
Jun 10
Jul 10
Jumlah
26,000
26,000
27,000
27,000
28,000
28,000
162,000






306,000

Nota : September 2008 & 2009  adalah bulan Ramadhan di mana jualan dijangka meningkat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.


8.3               Kos Jualan Perkhidmatan

8.3.1          Kos Bahan Cucian
Kos Bahan Cucian adalah dianggarkan lebih kurang 5.0% daripada nilai Jualan.

8.3.2          Kos langsung – Elektrik & Air
Kos Elektrik dan Air adalah dianggarkan lebih kurang 10.0% daripada nilai Jualan.

8.3.3          Kos Langsung - Gaji Pekerja


No.

Jawatan

Bilangan
Gaji Kasar (RM)
Jumlah
Gaji Kasar (RM)
KWSP
13%
(RM)
SOCSO
0.5%
(RM)
1
Penyelia Kedai
1
1,200
1,200
156.00
6.00
2
Pembantu Kedai
4
700
2,800
364.00
14.00

Jumlah
5
-
4,000
520.00
37.00


Nota: KWSP dan SOCSO untuk pekerja langsung dikategorikan sebagai Belanja Operasi & Pentadbiran di dalam Unjuran Kewangan dan Penyata Kewangan.

8.4               Sewa Premis

Kadar sewaan premis adalah RM1,500.00 sebulan. Tempoh sewaan adalah selama 2 tahun dengan pilihan penyambungan selama 2 
tahun. Pemilik premis adalah [nama pemilik] yang boleh dihubungi melalui telefon [01x-xxxxxxx]. Deposit Tanda Jadi (‘Earnest Deposit’) 
sebanyak  RM500.00 telahpun dibayar kepada beliau pada xx/xx/200x. Rujuk Surat Persetujuan Sewaan beliau 
bertarikh xx/xx/200x seperti di LAMPIRAN 7.


8.5               Gaji Pengurus


No.

Jawatan

Bilangan
Gaji Kasar (RM)
Jumlah
Gaji Kasar (RM)
KWSP
13%
(RM)
SOCSO
0.5%
(RM)
1
Pemilik / Pengurus
1
2,500
2,500
325.00
12.50

Jumlah
1
-
2,500
325.00
12.50




8.9        Analisa Unjuran Kewangan

8.9.1     Analisa Titik Pulang Modal (TPM)

  Kos Tetap
=
(Jualan – Kos Berubah) / Jualan

=                           RMxx,xxx


  
        (RMxx,xxxx – RMxx,xxx) / RMxxx,xxx

=       RMxx,xxx

TPM Sebulan = RMxx,xxx (di atas) dibahagi 12

Nota:
1)       Kos Berubah untuk perniagaan Kedai Dobi adalah seperti Kos Bahan Cucian dan Kos Langsung seperti kos Api & Air dan Kos Buruh Langsung (gaji, KWSP dan SOCSO pekerja).
2)       Kos Tetap adalah kos selain Kos Berubah.
3)       Ambil angka jumlah Unjuran Kewangan Tahun Pertama

8.9.2          Margin Untung Kasar (%)

=            Jualan - Kos Jualan


  
                                          Jualan

            =                RMxxx,xxx – RMxx,xxx

                                       RMxxx,xxx

            =          xx.xx%

Nota:
1)       Kos Jualan untuk perniagaan Kedai Dobi dikira dengan kaedah berikut:-

Stok Permulaan Bahan Cucian                                                                                         xx,xxx
Campur : Belian                                                                                                              xxx,xxx
Tolak : Stok Akhir Bahan Cucian                                                                                       xx,xxx


  
                                                                                                                                        xxx,xxx


  
Campur           : Kos Langsung – Api & Air                                                                     xxx,xxx
                         : Kos Langsung – Gaji/KWSP/SOCSO Pekerja                                      xxx,xxx

Kos Jualan                                                                                                                    xxx,xxx


  
2)       Ambil angka jumlah Unjuran Kewangan Tahun Pertama





8.9.3          Margin Untung Bersih (%)

=       Untung Kasar – Jumlah Perbelanjaan Jualan

            =                RMxxx,xxx – RMxx,xxx

                                       RMxxx,xxx

            =          xx.xx%

Nota:
1)       Untung Kasar = Jualan – Kos Jualan
2)       Jumlah Perbelanjaan =        Kesemua Jumlah Kos Operasi & Pentadbiran, Kos Selain Operasi, Kos
                                                    Kewangan dan Kos Pemasaran dan Jualan.
3)     Ambil angka jumlah Unjuran Kewangan Tahun Pertama




9.0        CAGARAN & JAMINAN DICADANG


9.1               Cagaran Hartanah

No.
Pemilik
No.
Hak Milik
Keluasan
Nilai Pasaran (RM)
1
Aminah Binti Abu
HSD xx Lot xx Mukim Kuala Selangor
1 Ekar
40,000.00

9.2               Amanah Saham Bumiputera

No.
Pemilik
No. Akaun
Nilai Cagaran (RM)
1
Aminah Binti Abu
xxxxxx-xx-xxxx
20,000.00

9.3               Jaminan Pihak Ketiga

No.
Penjamin
No.
Kad Pengenalan
1
Aminah Binti Abu
xxxxxx-xx-xxxx


10.0      JADUAL PERLAKSANAAN PROJEK

No.
Perlaksanaan
Tarikh Jangkaan
1
Permohonan Pembiayaan
4/6/2008
2
Temuduga Pertama
11/6/2008
3
Temuduga Kedua
18/6/2008
4
Kelulusan
21/6/2008
5
Proses Dokumentasi & Guaman
22/6/2008 – 4/7/2008
6
Pengeluaran Wang
5/7/2008
7
Ubahsuai Premis dan Dekorasi
6 – 13 /7/2008
7
Pembelian Peralatan Kedai & Premis
12/7/2008
8
Pembelian Stok
13/7/2008
9
Perniagaan beroperasi sepenuhnya
1/8/2008

11.0      KESIMPULAN

Dengan pembiayaan [agensi pembiaya/ bank] ini, saya yakin dapat memulakan perniagaan kedai dobi saya dengan menawarkan pakej
 perkhidmatan dobi yang lengkap dan kompetitif kepada pelanggan dan seterusnya mampu bersaing di pasaran tempatan. Dengan 
khidmat nasihat pihak [agensi pembiaya/ bank] juga saya pasti projek cadangan saya akan berjaya dan terus berkembang pesat.

oleh itu, saya berharap agar pihak [agensi pembiaya/ bank] dapat mempertimbangkan permohonan pembiayaan saya ini bagi 
membolehkan saya merealisasikan impian saya membuka perniagaan Kedai Dobi di [lokasi].







1 comment:

  1. Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740

    ReplyDelete