Sunday, 15 March 2015

PROFIL USAHAWAN " From Zero to Hero " - MOHAMAD IZZAD

Profil Usahawan “From Zero-To-Hero”





PENERANGAN TENTANG PRODUK

Datuk Yusuf  Taiyoob merupakan usahawan yang memiliki syarikat sendiri atas namanya yang dikenali sebagai Yusuf Taiyoob Sdn Bhd. Syarikat Yusuf  Taiyoob Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1988 sebagai sebuah syarikat persendirian yang terletak di Pulau Pinang, Malaysia. Syarikat ini terkenal diperingkat antarabangsa dan dalam negara. Selain itu, syarikat ini juga mengimport dan mengedar buah-buahan kering dan kacang, kurma, bahan-bahan bakeri, rempah, kacang dan kekacang, sabun herba dan banyak lagi produk yang lain.

NAMA
:
Datuk Yusuf  Taiyoob
JAWATAN
:
Pengarah  Urusan Yusuf  Taiyoob Sdn Bhd
ASAL
:
Georgetown, Pulau Pinang
UMUR
:
52 tahun
ISTERI
:
Datin Yusnita Ramli
ANAK
:
Waseem (10), Safiya (7) dan Safina (4)
ADIK-BERADIK
:
Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN
:
Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan.

PROFIL USAHAWAN DAN PERNIAGAAN


BAGAIMANA PERNIAGAAN MENDAPAT KEJAYAAN

Datuk Yusuf Taiyoob terlibat dalam perniagaan sejak beliau masih diusia remaja. Beliau telah menjalankan perniagaan menjual minyak wangi hasil rekaan beliau sendiri di Lapangan Terbang Bayan Lepas. Perniagaannya ketika itu tidak lansung dipandang orang dan beliau hanya memperolehi bantuan daripada ahli keluarganya. Ini memberi kesedaran kepada beliau bahawa syarikat yang kecil tidak lansung dipandang. Setelah gagal dalam penjualan minyak wangi, beliau telah beralih kepada perniagaan mengimport makanan secara kecil-kecilan seperti produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah. Kemudian beliau mencari peluang menceburi perniagaan baru dengan membekalkan kurma walaupun keadaan tersebut akan mendatangkan kesulitan daripada sudut persaingan. Namun beliau yakin dengan adanya pelanggan tetap, ditambah dengan harga yang berpatutan dan kualiti produk yang baik. 


CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUS SYARIKAT 

Datuk Yusuf Taiyoob mengaku sebelum beliau digelar sebagai seorang usahawan yang berjaya, beliau menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran utama adalah dalam usaha untuk mengekalkan kualiti produk yang dihasilkan oleh syarikatnya. Meskipun perniagaannya berasaskan buah-buahan kering, beliau sangat tegas dalam memastikan keaslian rasa buah-buahan tersebut. Pada satu ketika, dua kontena kurma yang diimport oleh beliau dari Iran adalah kurma yang berkualiti rendah, namun beliau tidak panik dan menyelesaikannya dengan baik.
Penglibatan awal beliau dalam perniagaan menyebabkan beliau sering kali ditipu oleh pembekal dengan membekalkan kurma yang berkualiti rendah. Kejadian tersebut menyebabkan perniagaannya hampir musnah dan sejak itu beliau berhati-hati memilih pengedar dalam mendapatkan bekalan buah-buahan yang dijual.


STRATEGI PERNIAGAAN BELIAU

Dalam menguruskan perniagaan Datuk Yusuf Taiyoob mempunyai prinsip utama iaitu beliau tidak suka berkerja dengan orang lain atau bergelar pekerja dan lebih suka untuk menjadi ketua. Beberapa strategi perniagaan telah digunakan dalam meningkat keuntungan syarikatnya. Produk utama syarikat iaitu kurma seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta yang dihasilkan dibuat dengan meletakkan jenama dan teknik pembungkusan yang terbaik. Bagi beliau produk yang mempunyai jenama lebih mudah untuk dikenali oleh orang ramai dan beliau amat menitikberatkan kualiti produk.
Usahanya dalam memastikan kualiti produk dikekalkan, beliau sanggup membelanjakan kira-kira 5 juta bagi mengendalikan stor simpanan sejuk beku. Kini syarikatnya mempunyai 6 buah stor simpanan sejuk beku yang mampu memuatkan lebih kurang 7000 tan barangan dan 2 buah stor simpanan kering yang boleh menyimpan lebih kurang 3000 tan dalam satu-satu masa.
Tambahan lagi, beliau memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak akan digantikan dengan kurma yang lain. Syarikat milik beliau juga mengeluarkan produk makanan bukan bermusim. Kebiasaanya kurma akan dibekalkan apabila menjelang bulan ramadhan, tetapi syarikat beliau membekalkan pada setiap masa. Oleh itu, walaupun bukan pada bulan ramadhan pelanggan masih boleh memperolehi kurma daripada syarikatnya. Kepuasan pelanggan adalah prinsip yang diutamakan olehnya dalam memastikan bekalan memenuhi pasaran. Oleh itu beliau bertindak mengimport dan menyimpan stok barangan tiga bulan lebih awal.


PENCAPAIAN KEJAYAAN BELIAU

Yusuf Taiyoob Sdn Bhd telah menjadi pembekal terbesar produk kurma dan bahan mentah serta makanan kering dan basah di Malaysia dan di luar negara. Dalam masa 10 hingga 12 tahun produk syarikat beliau menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei. Di Malaysia terdapat kira-kira 3000 rangkaian pengedar produk Yusuf Taiyoob.
Syarikat Yusuf Taiyoob Sdn Bhd juga mengimport 200-300 jenis makanan daripada kurma, minyak zaitun, kacang dhal dan rempah ratus daripada 30 negara termasuklah Amerika Syarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara, Jordan, Oman dan Arab Saudi. 


Kunci Kejayaan Yusuf Taiyoob

Hasil kejayaan beliau hari ini berdasarkan kata-kata yang dipetik daripada beliau bahawa : “ Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak lansung tidak memandang saya, tetapi saya bersyukur mendapat bantuan keluarga.” “Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat yang kecil, orang tidak akan pandang lansung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,”. Beliau juga mempunyai satu prinsip yang membawa beliau berjaya sehingga ke tahap ini iaitu beliau tidak suka digelar pekerja dan lebih suka menjadi bos walaupun terpaksa menghadapi pelbagai kesukaran dan beliau sangat rasa bersyukur dengan rezeki Allah s.w.t dan mengingatkan supaya tidak lupa diri selepas memperolehi kejayaan. Dalam kesibukan beliau mengurus perniagaannya yang kian maju beliau tidak lupa dalam membantu orang lain. Beliau juga berkata: “Kita kena bantu orang susah sebab saya rasa seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka, kalau ada lebih kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan.”


Rujukan

http://ww1.utusan.com.my/utusan/
http://yuta.com/html/home.html
http://ite-3sigmatechnology.blogspot.com/2013/05/profile-of-successful-entrepreneurs.html



0 comments:

Post a Comment