Sunday, 17 May 2015

Rancangan Perniagaaan - MOHAMAD IZZAD

KERTAS KERJA PENTERNAKAN KAMBING DAGING 

PENDAHULUAN 

Industri ternakan kambing dinegara ini masih belum dilakukan dengan komersil lagi. Ini mungkin 
disebabkan oleh tanggapan masyarakat bahawa pemelihara kambing perlukan keserasian 
dengan kambing untuk membolehkan kambing hidup dengan baik. Memandangkan permintaan 
terhadap daging kambing yang meningkat terutama semasa musim perayaan serta keperluan 
untuk ibadah akikah maka satu projek membangunkan kawasan terbiar di Kampung Paya 
Keranji, Kota Bharu, Kelantan untuk tujuan ternakan kambing daging telah dirancang. 
Daging kambing yang mempunyai pasaran yang tersendiri serta mempunyai nilai khasiat yang 
tinggi boleh dikomersialkan dengan perancangan serta strategi pemasaran yang berkesan. 
Kemampuan projek ini berdayamaju bergantung kepada strategi pemasaran serta kemampuan 
menguruskan kos operasi dengan effesien. 
Kertas kerja ini menerangkan konsep asas projek serta pelan pemasaran yang boleh digunakan 
bagi mencapai matlamat iaitu berjaya mencapai keuntungan pada tahun kedua projek 
dilaksanakan. Ianya disediakan berdasarkan pengalaman serta tunjukajar yang diberikan oleh 
pelbagai pihak termasuk dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan serta rakan peternak semua. 


2. BIODATA PEMOHON 

Nama : Wan Halim Bin Wan Hassan
Alamat : Lot 106, kampung Paya Keranji, 15100 Kota Bharu Kelantan 
No Telefon : 019 – 9554553, 09-7458125 Rumah 09-7641719 
Umur : 33 tahun 
Pekerjaan : Ketua Jabatan Farmasi, Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan sejak 2001. 
Pengalaman: Mula belajar menternak semasa kanak – kanak dengan menolong ibu menternak 
kambing. Dari situ timbul minat untuk menternak kambing secara komersial. Menternak kambing 
secara kecil – kecilan selama hampir 5 tahun. Semasa di USM telah mempelajari selok belok 
bidang penternakan serta cara- cara pengurusan kambing secara sistemetik.Mempunyai
bilangan kambing sebanyak 25 ekor pada penghujung tahun 2004 dan dijangka bilangannya 
akan bertambah kepada 30 ekor pada penghujung bulan Febuari 2005. Dengan kapasiti yang
ada sekarang dijangka bilangan kambing akan bertambah kepada 60 ekor pada penghujung 
tahun 2005. 

TUJUAN 

Kertas kerja ini disediakan untuk tujuan memohon pinjaman dari Bank Pertanian Malaysia melalui 
Tabung Untuk Makanan(3F) berjumlah RM 130,000.00(SERATUS TIGA PULUH RIBU 
RINGGIT). 
Sebanyak RM 100,000(SERATUS RIBU) akan digunakan untuk membeli dan menyediakan 
kemudahan dan RM30,000(TIGA PULUH RIBU) akan digunakan sebagai modal pusingan. 

CAGARAN PINJAMAN 

Cagaran untuk projek ini adalah sebidang tanah seluas 400 Depa serta sebuah rumah banglow 
diatasnya yang berharga RM200,000(DUA RATUS RIBU) serta kandang kambing juga termasuk 
didalamnya. Satu penilaian terhadap asset trlah dilakukan oleh syarikat Azami & Co pada 27 
haribulan Januari 2005. 

GRACE PERIOD 

Tempoh upaya hidup”grase period” selama setahun dipohon sebelum pembayaran permulaan 
secara bulanan diadakan memandangkan pada tahun pertama projek, dijangkakan ianya 
mengalami kerugian secara perkiraan perakaunan. Segala perincian ada tertera didalam unjuran 
untung rugi projek. 
Bayaran ansuran bulanan untuk tahun kedua akan dicampur dengan bayaran tertunggak untuk 
tahun pertama sehingga tempoh pinjaman selama 7 tahun selesai. 

LOKASI LADANG TERNAKAN. 

Lokasi ladang ternakan adalah di Kampung Paya Keranji, Kota Bharu, Kelantan diatas tanah 
seluas 3 ekar.(Sila rujuk lampiran 1). Perbincangan untuk menambah keluasan tanah dengan 
menyewa tanah terbiar yang lain sedang diusahakan. 

GAMBARAN KASAR PROJEK TERNAKAN KAMBING 

PEMILIHAN PROJEK. 

Projek ini dipilih kerana beberapa faktor yang penting serta kritikal untuk dibincangkan. 
Antara sebab kenapa projek ini dipilih: 

1: Penternakan kambing tidak memerlukan keluasan tanah yang luas. Pada kadar 80 - 100 
ekor/ekar boleh dipraktikkan dengan penternakan secara intensif dimana penggunaan rumput 
dikombinasikan dengan penggunaan dedak dan bahan – bahan molasies yang ada. Kadar 
penggunaan rumput 4% dari berat badan boleh ditampung dengan penanaman rumput secara 
ladang ragut dan ianya diselenggara dengan baik. Kadar tuaian rumput sekitar 2 – 3 minggu 
boleh menjamin bekalan rumput yang mencukupi untuk ternakan tersebut. Kadar pertumbuhan 
rumput boleh dipertingkat dengan penggunaan baja campuran yang ditabur selepas aktiviti 
pengambilan rumput dilakukan serta penggunaan baja dari najis ternakan yang dibakar terlebih 
dahulu. 

2: Permintaan tinggi terhadap daging kambing tempatan serta keperluan untuk ibadah akikah dan 
ibadah Qurban. Kambing – kambing yang cukup umur serta tidak cacat boleh digunakan untuk 
tujuan ibadah akikah. Untuk kambing cukup umur adalah pada umur 2 tahun. Ibadah akikah 
boleh dijalankan dengan menyembelih kambing pada bila – bila masa tanpa menunggu musim 
haji untuk dilakukan dan ini membolehkan pasaran kambing meluas. 

3: Penggunaan masa yang singkat – Masa untuk mengurus kambing adalah 30% dari masa yang 
diperlukan untuk mengurus lembu menyebabkan ianya lebih praktikal untuk dijadikan sumber 
pendapatan sampingan. Kebanyakan masa untuk pengurusan kambing adalah berkisar kepada 
aktiviti memotong rumput serta pembersihan kandang kambing sahaja. 

4: Kadar kelahiran yang tinggi iaitu pada purata kelahiran 1.5 setahun memberikan impak tinggi 
dari segi keuntungan berbanding dengan kedar kelahiran untuk lembu. Dengan kadar kelahiran 
yang tinggi serta penggunaan tenaga kerja yang minima serta kos permakanan tambahan yang 
rendah membolehkan kambing memberikan pulangan yang lebih dari ternakan lembu daging. 
Secara kasarnya projek penternakan kambing ini dibahagikan kepada 5 fasa. Fasa – fasa yang 
dinyatakan dibawah dirancang supaya projek yang dijalankan tidak tergendala serta 
menyebabkan kerugian semasa menjalankan projek tersebut. 

Berikut merupakan fasa- fasa yang akan dijalankan. 

FASA PROJEK TERNAKAN KAMBING DAGING 

1: FASA 1 – PEMBANGUNAN PADANG RAGUT 

2: FASA 2 – PEMBINAAN KANDANG KAMBING 

3: FASA 3 – PEMBELIAN BAKA INDUK 

4: FASA 4 – PENYEDIAAN MAKANAN DAN MINUMAN 

5: FASA 5 – PROMOSI DAN JUALAN 

FASA 1 – PEMBANGUNAN PADANG RAGUT 
Definasi Padang Ragut. 
Padang Ragut adalah kawasan yang ditanam dengan rumput untuk tujuan penternakan dimana 
ternakan boleh dilepas bebas meragut rumput ataupun rumput dituai untuk dijadikan makanan 
ternakan. Didalam projek ini padang ragut hanya digunakan untuk tujuan menjadikan rumput 
sebagai foraj ternakan dan bukan untuk dilepas bebas ternakan didalamnya. 
Fasa pembangunan padang ragut merupakan fasa pertama dalam proses penternakan kambing. 
Fasa ini sedang dijalankan dengan aktiviti pembersihan tanah terbiar. Padang ragut merupakan 
satu aspek yang penting untuk pemeliharaan kambing. Bekalan rumput yang mencukupi adalah 
perlu supaya kambing yang diternak dapat makanan yang bermutu tinggi serta penghasilan 
daging yang tinggi serta bermutu. 
Pembangunan padang ragut akan dijalankan di beberapa tempat disekitar kampung Paya 
Keranji. 

Berikut merupakan kawasan yang akan dimajukan sebagai padang ragut: 

NO LOT NO KELUASAN (Ekar) 


Lot 11 


Lot 42 


Lot 44 


Lot 2 

Lot 106 


Lot 67 



Lot 85 
Lot 93 



Lot 862 

10 

Lot 767(Pasir Hor) 

Jumlah 4.91 ekar 

Pada masa sekarang hanya Lot 11 seluas 0.75 ekar akan dimajukan untuk memenuhi bekalan 
makanan ternakan. Lot – lot lain yang akan dimajukan berdasarkan kepada keperluan bekalan 
makanan kambing. Selepas mendapat kelulusan pinjaman lot – lot yang akan dimajukan untuk 
padang ragut adalah Lot 42, Lot 85 dan Lot 862 dengan keluasan semuanya 2.43 ekar. Setelah 
itu kesemua lot – lot tanah milik keluarga akan dimajukan sebagai padang ragut supaya ianya 
tidak ditumbuhi oleh semak samun. 
Penanaman rumput untuk dijadikan “ grass bank” bagi kawasan setempat terutama pada musim 
tengkujuh dimana kebanyakan kawasan akan ditenggelami air. Ini penting supaya kambing 
mendapat bekalan rumput yang mencukupi terutama semasa musim tengkujuh. 
Projek ini dirancang untuk memastikan bekalan rumput yang berterusan serta bermutu tinggi 
dapat disediakan untuk projek kambing pedaging. Biasanya masalah yang timbul adalah untuk 
mendapatkan bekalan rumput pada musim tengkujuh memandangkan kebanyakan padang 
rumput ditenggelami air pada musim tengkujuh nanti.
Kawasan rizab padang rumput yang beralun boleh menyediakan tapak yang sesuai untuk 
ternakan kambing. Ini kerana rumput boleh dikawasan tanah pamah dan pokok – pokok teduhan 
dapat ditanam di lereng – lereng tebing. 

PELAKSANAAN PROJEK 

Selepas mendapat kelulusan dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan, rancangan untuk 
membersihkan kawasan dari hutan rotan tawar telah dilaksanakan. Berdasarkan pengiraan 
sebanyak RM 3500 akan dikeluarkan untuk tujuan pembersihan kawasan.Surat kebenaran untuk 
memajukan kawasan rizab padang ragut telah diperolehi(lampiran 2) 
Pembersihan kawasan meliputi penebangan pokok – pokok buluh serta pokok – pokok besar 
yang tumbuh meliar dikawasan tersebut. Pokok – pokok yang dibersihkan akan dikumpul 
dikawasan tertentu dan dibiarkan mereput. 
Selepas pembersihan dilakukan aktiviti penyediaan tapak akan dilaksanakan. Kawasan akan 
dibajak dengan pembajakan secara piring serta diikuti dengan bajakan pusingan. Bilangan 
pembajakan adalah mengikut cadangan daripada Jabatan Pertanian. 
Keadah pembajakan yang dirancang: 
Bajak piring – 2-3 minggu 
Bajak sikat – 2-3 minggu 
Bajak piring ke 2 – 2-3 minggu 
Bajak sikat ke 2 – 2-3 minggu 
Bajak putar – 2-3 minggu 
Pemagaran kawasan perlu diadakan untuk mengelakkan benih rumput yang ditanam dirosakkan 
oleh musuh. Disamping itu, ianya boleh mengelakkan kawasan dicemari oleh buangan sampah 
oleh penduduk setempat. Aktiviti pembuangan sampah yang berterusan juga boleh mencemari 
kawasan padang ragut dengan sampah sarap dan menyebabkan masalah semasa penuaian 
rumput dijalankan. 
Tanah yang siap dibajak akan ditabur dengan baja permulaan iaitu campuran baja (NPK, 
60:30:30) Urea,(46% N). TSP (46 P205) dan MOP(60% K20) dan dibiarkan selama 2 minggu 
sebelum benih rumput ditabur. Bekalan benih rumput didapati dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan 
serta Projek D’Raja Kampung Domis yang menjalankan projek ternakan kambing Boer. 

Cadangan rumput yang akan ditanam adalah: 

1: Rumput kuda (Panicum maximum ) 

Rumput kuda atau rumput guinea ialah sejenis rumput menegak, berakar dalam, mempunyai 
daun dan batang bunga yang panjang. Tingginya di antara 1.5 - 2 m . Terdapat beberapa jenis 
rumput kuda, iaitu kuda biasa, green panic, hamil, coloniao dan makuene. Di Malaysia, jenis 
yang biasa ditanam ialah guinea biasa dan hamil kerana hasilnya yang tinggi sepanjang tahun. 
Rumput ini boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 20-26 tan/ha setahun dengan 11.9% 
protein kasar dan sesuai ditanam di berbagai-bagai jenis tanah. Rumput ini tahan terhadap 
musim kemarau yang panjang tetapi memerlukan iklim yang lembap untuk hidup subur. Ia tahan 
pada naungan seperti kawasan di bawah tanaman kelapa dan tanaman utama yang masih 
muda. Walau bagaimanapun, rumput ini tidak sesuai di kawasan air bertakung. 

2: Rumput gajah (Pennisetum purpureum) 

Rumput gajah atau rumput napier adalah antara rumput yang biasa ditanam di negara ini sejak 
tahun 1950-an. Rumput ini banyak terdapat di kawasan penternak kecil yang menanam 
menggunakan keratan batang yang telah tua. Pertumbuhannya cergas dan hasil bahan 
keringnya tinggi. Hasil ini berkurangan pada musim kemarau. 
Rumput gajah ialah rumput tahunan yang tegap, menyerupai tebu dan boleh tumbuh setingg 2 - 5 
m. Rumput ini mempunyai umbisi yang mudah merebak dan mengeluarkan tiler. Daunnya agak 
lebar, nipis dan mempunyai tulang daun yang tegap. Bunga berbentuk silinder, berwarna kuning 
keemas-emasan tetapi biji benihnya tidak subur. 
Rumput ini memerlukan tanah yang subur untuk pertumbuhan yang baik. Tanah yang paling 
sesuai ialah tanah perio. Ia memerlukan baja yang banyak terutamanya nitrogen untuk 
pertumbuhan yang baik. Boleh ditanam di kawasan tanah berpasir yang diberi baja najis 
ternakan atau ditanam bersama kekacang. Ternakan gemar rumput gajah yang muda kerana 
batangnya lembut. 
Rumput gajah dipotong setiap 4 - 6 minggu dan hasil bahan kering ialah 20 - 30 ha/tan setahun 
dan kandungan protein kasar sebanyak 10%. Kekacang yang boleh ditanam bersama rumput 
gajah ialah centro dan puero. 

3: Rumput MARDI Digit(Digitaria Setivalva) 

Rumput MARDI digit berasal dari Afrika Selatan dan telah diperkenalkan ke negara-negara lain. 
Ia sejenis rumput berstolon, tumbuh bertompok-tompok dan mempunyai batang tegak dengan 
buku ruas yang mempunyai sedikit bulu halus. Stolon ada mulanya tumbuh tegak tetapi 
kemudiannya rebah dan menjalar seperti stolon biasa. Rumpunnya sederhana tebal, dengan 
batang dan daun yang lembut dan boleh tumbuh setinggi 30 - 50 cm. Bahan kering yang 
dihasilkan ialah 16 - 23 tan/ha setahun. Rumput MARDI digit sesuai untuk ragutan dan 
mengandungi protein kasar sebanyak 9.0% dengan kehadaman in-vitro yang agak tinggi. 
Rumput ini mudah dibiak dengan keratan rumpun walaupun mengeluarkan sedikit biji benih yang 
subur. Sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah terutamanya tanah gambut. Pertumbuhannya 
adalah lebih baik apabila ditanam di tanah yang subur atau diberi pembajaan nitrogen. 
Rumput yang tumbuh akan digunakan untuk makanan kambing ternakan. Tuaian secara teratur 
akan digunakan supaya kualiti rumput dapat dijaga dengan baik. Perancangan untuk 
menggunakan baja campuran bagi menyuburkan lagi rumput yang ditanam. 
Memandangkan projek pemeliharaan ini dilaksanakan secara fidlot maka kambing akan 
dibekalkan dengan rumput yang dituai dan bukan dibenarkan lepas ragut. Ini untuk memastikan 
bekalan rumput mencukupi bagi jumlah kambing yang sedia ada. Pelaksanaan ternakan sistem 
fidlot lebih effektif bagi skala kecil memandangkan kawasan yang ada sedikit dan memerlukan 
kawalan khusus untuk rumput yang ditanam. 
Penanaman pokok pepagar seperti pokok petai belalang adalah dirancangkan supaya bekalan 
protin kepada kambing dapat dibekalkan oleh pokok kekacang tersebut. 
Pembajaan untuk pokok belalang akan menggunakan 40 -60 N(199 – 298 UREA). Penanaman 
pokok petai belalang adalah untuk menambahkan sumber protein memandangkan ianya sejenis 
kekacang yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil. 
Pokok Petai belalang (Leucaena leucocephala) 
Petai belalang atau leucaena berasal dari Mexico dan diperkenalkan ke negara tropika termasuk 
Malaysia. Kekacang ini mempunyai nilai yang tinggi. Tahan terhadap pemotongan yang kerap, 
memberi hasil yang tinggi dan sesuai di kawasan yang mengalami taburan hujan yang rendah 
(500 - 5000 mm) asalkan tanahnya subur. Kurang sesuai pada keadaan tanah berpasir atau air 
bertakung. Mempunyai akar tunjang yang panjang, terutamanya di tanah beralkali. Keadaan ini 
membuatkan petai belalang tahan terhadap keadaan kemarau. Ia boleh hidup di tanah berasid 
tetapi pengapuran sebanyak 2 tan/ha disyorkan bagi membaiki kemasaman tanah. 
Kekacang renek jenis tahunan ini boleh tumbuh setinggi 2.4 - 3.7 m sekiranya tidak diragut. Ia 
mempunyai daun bipinat dan bijinya berwarna coklat tua. Petai belalang ditanam menggunakan 
biji benih. Kadar biji benih yang disyorkan ialah 2 - 6 kg/ha dengan jarak tanaman 50 cm di 
antara pokok dan 1 m di antara baris dan dijarakkan sehingga 3 - 5 m sekiranya rumput hendak 
ditanam. Lelasan dan penyuntikan biji benih dengan menggunakan strain Rhizobium yang 
tertentu diperlukan. Pertumbuhan pada peringkat awal adalah lambat. Oleh yang demikian 
penjagaan yang rapi terutama pengawalan rumpai diperlukan. 
Petai belalang boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 15 - 20 tan/ha setahun dengan 
protein kasar 22.9% . Daun-daun dan batang kecil berukuran 4 mm amat disukai oleh ternakan. 
Pemberian petai belalang sebagai makanan tambahan atau ragutan campuran bersama 
makanan tambahan atau ragutan campuran bersama rumput dapat meningkatkan hasil kambing 
pedaging yang tinggi . 
Mimosin ialah sejenis asid amino yang terdapat dalam daun dan batang petai belalang terutama 
daun atau batang yang muda. Keracunan mimosin ini akan menyebabkan keguguran bulu, 
kehilangan selera makan, pengeluaran air liur yang berlebihan dan pembesaran kelenjar tiroid. 
Oleh sebab itu, pemberian petai belalang dalam campuran makanan tidak boleh melebihi 30% 
bagi mengelakkan keracunan mimosin ini. 
Daun petai belalang boleh dibuat mil. Mil daun petai belalang mengandungi protein dan pewarna 
xantofil serta gentian kasar yang rendah yang sesuai untuk makanan kambing. Namun, 
penggunaan mil daun petai belalang bagi poltri dihadkan pada aras 3 - 4% untuk mengelakkan 
keracunan mimosin. 
Pokok nangka juga akan ditanam sebagai tempat naungan kambing nanti. Disamping boleh 
dijadikan teduhan daun nangka juga boleh diberikan kepada kambing untuk proses 
pengemukkan kambing sebelum dijual. 
Disamping itu pokok – pokok natif seperti pokok sena sebagai tempat berteduh akan ditanam 
untuk mendapatkan bekalan daun segar. Begitu juga dengan pokok pisang dalam kuantiti yang 
sedikit sebagai persiapan pada musim tengkujuh. 


PENGURUSAN PADANG 

Baka complehumus akan ditabur sebanyak 100kg/ekar sebanyak 3 kali setahun dan baja urea 
250kg/ekar akan ditaburkan sebanyak 2 kali setahun dirancang akan diadakan 
Disamping itu, satu sistem sprinkler akan diadakan dengan satu sistem pengambilan air melalui 
tiub akan dilaksanakan supaya kuantiti rumput yang dihasilkan sentiasa mencukupi. 
Memandangkan kambing memerlukan lebih kurang 4% maka dengan keluasan padang ragut 
yang dirancangkan dapat menampung bilangan kambing yang dipelihara. Tuaian rumput akan 
diadakan setiap 3 minggu supaya rumpunan rumput tidak terjejas akibat tuaian yang terlampau 
kerap. 

KOS PEMBANGUNAN PADANG RUMPUT LOT 11 

No Aktiviti Kos(RM) 

Pembersihan kawasan 
Pembajakan
Pembajaan 
Penanaman rumput 
Penjagaan serta perapian rumput 
Upah tenaga kerja 
Penyediaan tiub air
 JUMLAH 5000 

KOS PENJAGAAN PADANG RUMPUT LOT 11 SECARA TAHUNAN 

No Aktiviti Kos(RM) 

Pembajaan penjagaan 





Upah serta gaji 

 JUMLAH 1000 

KOS ASET TETAP PEMBANGUNAN PADANG RAGUT LOT 11 

No Barangan Kuantiti Harga/pc Kos(RM) 

Turus pagar 5 kaki 6 inchi 



Tiang buju pagar 5 kaki 6 inchi 





Pagar kerawat besi 4 kaki 

Dawai penegang pagar 



Pin dan pemegang pagar 





Spinkler head 



Paip air 

Engin pam air 



 JUMLAH 5749.50 

RINGKASAN KOS PEMBANGUNAN PADANG PAGUT LOT 11 

NO KOS JUMLAH(RM) 



KOS PEMBANGUNAN PADANG RAGUT 

KOS PENJAGAAN PADANG RAGUT 





KOS ASET TETAP PADANG RAGUT 

 JUMLAH KESELURUHAN 11,749.50 

KOS PEMBANGUNAN PADANG RUMPUT LOT 42 

No Aktiviti Kos(RM) 



Pembersihan kawasan 

Pembajakan 





Pembajaan 

Penanaman rumput 



Penjagaan serta perapian rumput 



Upah tenaga kerja 



Penyediaan tiub air 



 JUMLAH 1150 

KOS PENJAGAAN PADANG RUMPUT LOT 42 SECARA TAHUNAN 

No Aktiviti Kos(RM) 

Pembajaan penjagaan 





Upah serta gaji 

 JUMLAH 400 

KOS ASET TETAP PEMBANGUNAN PADANG RAGUT LOT 42 

No Barangan Kuantiti Harga/pc Kos(RM) 



Turus pagar 5 kaki 6 inchi 



Tiang buju pagar 5 kaki 6 inchi 

Pagar kerawat besi 4 kaki 



Dawai penegang pagar 



Pin dan pemegang pagar 



Spinkler head 



Paip air 





Engin pam air 

 JUMLAH 1792 

RINGKASAN KOS PEMBANGUNAN PADANG PAGUT LOT 42 

NO KOS JUMLAH(RM) 



KOS PEMBANGUNAN PADANG RAGUT 



KOS PENJAGAAN PADANG RAGUT 



KOS ASET TETAP PADANG RAGUT 

JUMLAH KESELURUHAN 3342 

KOS PEMBANGUNAN PADANG RUMPUT LOT 85 

No Aktiviti Kos(RM) 



Pembersihan kawasan 



Pembajakan 

Pembajaan 



Penanaman rumput 





Penjagaan serta perapian rumput 



Upah tenaga kerja 

Penyediaan tiub air 



 JUMLAH 1950 

KOS PENJAGAAN PADANG RUMPUT LOT 85 SECARA TAHUNAN 

No Aktiviti Kos(RM) 

Pembajaan penjagaan 





Upah serta gaji 

 JUMLAH 600 

KOS ASET TETAP PEMBANGUNAN PADANG RAGUT LOT 85 

No Barangan Kuantiti Harga/pc Kos(RM) 



Turus pagar 5 kaki 6 inchi 

Tiang buju pagar 5 kaki 6 inchi 



Pagar kerawat besi 4 kaki 



Dawai penegang pagar 



Pin dan pemegang pagar 





Spinkler head 



Paip air 

Engin pam air 



 JUMLAH 1402 

RINGKASAN KOS PEMBANGUNAN PADANG PAGUT LOT 85 

NO KOS JUMLAH(RM) 



KOS PEMBANGUNAN PADANG RAGUT 



KOS PENJAGAAN PADANG RAGUT 



KOS ASET TETAP PADANG RAGUT 

 JUMLAH KESELURUHAN 3952 

KOS PEMBANGUNAN PADANG RUMPUT LOT 862 

No Aktiviti Kos(RM) 



Pembersihan kawasan 



Pembajakan 

Pembajaan 





Penanaman rumput 



Penjagaan serta perapian rumput 



Upah tenaga kerja 

Penyediaan tiub air 



 JUMLAH 2550 

KOS PENJAGAAN PADANG RUMPUT LOT 862 SECARA TAHUNAN 

No Aktiviti Kos(RM) 

Pembajaan penjagaan 





Upah serta gaji 

 JUMLAH 800 

KOS ASET TETAP PEMBANGUNAN PADANG RAGUT LOT 862 

No Barangan Kuantiti Harga/pc Kos(RM) 

Turus pagar 5 kaki 6 inchi 



Tiang buju pagar 5 kaki 6 inchi 





Pagar kerawat besi 4 kaki 



Dawai penegang pagar 

Pin dan pemegang pagar 



Spinkler head 





Paip air 

Engin pam air 



 JUMLAH 2088.50 

RINGKASAN KOS PEMBANGUNAN PADANG PAGUT LOT 85 

NO KOS JUMLAH(RM) 



KOS PEMBANGUNAN PADANG RAGUT 

KOS PENJAGAAN PADANG RAGUT 



KOS ASET TETAP PADANG RAGUT 



JUMLAH KESELURUHAN 5438.50 

JUMLAH SEBENAR KOS PEMBANGUNAN PADANG RAGUT DI LOT 11, 42, 85 DAN 862 

NO LOT JUMLAH (RM) 

Lot 11 





Lot 42 



Lot 85 



Lot 862 

 JUMLAH BESAR 24,482.00 

2: FASA 2 – PEMBINAAN KANDANG KAMBING 

DEFINASI KANDANG KAMBING 

Kandang kambing merupakan tempat dimana kambing dikurung untuk tujuan pemeliharaan. 

Pembinaan kandang kambing yang sempurna adalah perlu supaya kesihatan kambing yang 

diternak dapat dijaga dengan baik. Perumahan adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di 

Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca melampau seperti hujan dan panas terik menyebab 

kambing-kambing perlukan perlindungan. 

Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya: 

• Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, 

kawasan ragut/sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh. 

• Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah 

sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan 

jangkitan penyakit. 

Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting untuk menentukan kesihatan dan 

kesejahteraan kambing-kambing adalah: 

• Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang 

• Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama 

matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan

• Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang 

• Tidak terkena angin yang kencang 

• Terpelihara dari hujan dan panas 

• Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar 

• Ruang makan dan minum mencukupi 

• Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah 

tulang. 

PEMBINAAN KANDANG

Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang 

berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang 

baik dan juga senang dicuci. 

7.1 Lantai

• Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah: 

 tahan lama - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing 

 mudah dicuci 

 tidak licin 

 tidak mencederakan 

 tidak mudah lembab 

• Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. 

(tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan 

juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan 

lantai diatur dengan jarak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas 

berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit). 

• Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter 

persegi (8 - 15 kaki persegi). 

KOS PEMBINAAN KANDANG KAMBING 

Memandangkan kambing akan diternak secara intensif iaitu kambing akan dikandang dan 

disediakan rumput dan hanya dilepaskan untuk tujuan ragutan selama 2 – 3 jam sehari maka 

kandang perlu dibina terbahagi kepada 2: 

 1: Kandang Pusat – Dirancang untuk dibina di Lot No 106, Kampung Paya Keranji 

 2: Kandang setelit – Dirancang untuk dibina di Lot No 11 dan Lot No 863, Kampung 

 Paya Keranji. 

Kandang Pusat – merupakan kandang utama yang menempatkan semua kambing. Didalamnya 

mengandungi bilik – bilik untuk mengasingkan kambing jantan, betina, anak muda serta kambing 

yang baru beranak bersama anaknya. 

Kandang pusat perlu dibina berhampiran dengan tempat kediaman supaya urusan pengawasan 

dapat dijalankan dengan baik serta sempurna. Kandang induk juga perlu semasa musim 

tengkujuh memandangkan kebanyakan kawasan padang ragut akan ditenggelami air banjir. 

Kandang kambing yang sempurna dan dipagar dengan baik perlu untuk mengelakkan ternakan 

dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 

Kandang Setelit – merupakan kandang sementara untuk tujuan kambing berlindung dari panas 

serta hujan semasa lepasan untuk ragutan dijalankan. Ianya perlu untuk mengelakkan kambing 

mengalami masalah kehujanan serta kepanasan melampau. 

Ianya merupakan kandang ringkas untuk tujuan berteduh sahaja. Kos untuk membina kandang 

setelit tidak tinggi kerana ianya hanya untuk tujuan teduhan sahaja. 

KOS PEMBINAAN KANDANG KAMBING INDUK DI LOT LO6, KAMPUNG PAYA KERANJI 

KOS PEMBINAAN PAGAR KANDANG INDUK 

NO ITEM QTY HARGA/PC (RM) JUMLAH(RM) 

Turus pagar 5 kaki 6 inchi 





Tiang buju pagar 5 kaki 6 inchi 



Pagar kerawat besi 4 kaki 



Dawai penegang pagar 



Pin dan pemegang pagar 

 JUMLAH(RM) 1100.5 

KOS PEMBINAAN BANGUNAN KANDANG INDUK 

NO ITEM HARGA(RM) 

KOS BARANGAN PEMBINAAN KANDANG 





UPAH PEMBINAAN 

JUMLAH 1500 

KOS PEMBINAAN KANDANG SETELIT DI LOT 11 DAN LOT 862, KAMPUNG PAYA 

KERANJI 

KOS PEMBINAAN PAGAR TIDAK TERLIBAT 

KOS PEMBINAAN BANGUNAN KANDANG SETELIT DI LOT 11 

NO ITEM HARGA(RM) 



KOS BARANGAN PEMBINAAN KANDANG 



UPAH PEMBINAAN 

JUMLAH 800 

KOS PEMBINAAN BANGUNAN KANDANG SETELIT DI LOT 862 

NO ITEM HARGA(RM) 



KOS BARANGAN PEMBINAAN KANDANG 

UPAH PEMBINAAN 



 JUMLAH 800 

KOS KESELURUHAN PEMBINAAN KANDANG KAMBING DI LOT 11, LOT 106 DAN LOT 862 

 KAMPUNG PAYA KERANJI. 



NO KETERANGAN KOS HARGA(RM) 

1 kos pembinaan pagar kandang induk 1100.5

2 Kos pembinaan bangunan kandang induk 1500

3 Kos pembinaan bangunan kandang setelit di Lot 11 800

4 Kos pembinaan bangunan kandang setelit di Lot 862 800



 JUMLAH KOS(RM) 4200.5



3: FASA 3 – PEMBELIAN BAKA INDUK 

PENDAHULUAN 

Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badan 

yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing 

jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu.

 Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan untuk pemeliharaan:

2.1 Kambing Kacukan 

Kambing kacukan adalah hasil dari perkahwinan kambing kacang dan baka-baka luar negeri 

seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan 

susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine. Kebanyakan kambing yang dilihat di 

kampung-kampung adalah kambing kacukan, cuma 40% dari jumlah kambing di negara ini ialah 

kambing kacang. 

Rupa bentuk biasanya menunjukkan mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri 

sendiri. Kambing jenis kacukan ini boleh meningkat berat badan sebanyak 25 - 35 kg dalam 

lingkungan umur setahun. Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih 

tinggi dari kambing kacang. Purata berat badan ketika lahir adalah lebih kurang 2 kg - 2.5 kg 

seekor.

3. CARA-CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK 

Oleh kerana tujuan kita memelihara kambing adalah untuk mendapatkan hasil yang lumayan 

maka perlulah kita memelihara kambing dari baka-baka yang baik. Kita perlu memilih kambing 

yang mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki. Adalah dimaklumkan bahawa kambing tidak akan 

mempunyai kesemua sifat-sifat ini tetapi apabila memilih hendaklah dipastikan yang kambing itu 

mempunyai seberapa banyak yang boleh sifat-sifat yang dikehendaki. 

4. PEMELIHARAAN UNTUK TUJUAN PENGELUARAN DAGING

Pengeluaran daging dari penternakan kambing meliputi dua bahagian aktiviti. Penternakan yang 

dirancang boleh dijalankan diantara mana-mana satu bahagian aktiviti ini ataupun kedua-dua 

sekali. Untuk projek ini kedua – dua aktiviti akan dijalankan bagi meningkatkan produktiviti.

4.1 Membiak

Memelihara kambing baka dan mendapatkan anak untuk dipelihara, digemuk dan dijual untuk 

pengeluaran daging

4.2 Penggemukan (Fattening)

Memelihara anak-anak kambing terutamanya jantan dari 6 bulan hingga setahun atau setahun 

setengah dengan berat badan sekurang-kurangnya 25 kg sebelum dijual untuk sembelihan. 

Baka kambing yang baik akan dibeli dari pusat – pusat penjualan baka kambing di Ladang 

Infoternak, Sungai Siput Utara, Perak atau dari pembekal – pembekal baka kambing yang ada di 

Kelantan. Salah satu pembekal yang telah dikenalpasti adalah RISDA yang menjalankan projek 

pengemukkan kambing Boer di Kampung Domis, Tanah Merah, Kelantan. 

Baka kambing kacukan adalah lebih praktikal untuk dibeli memandangkan proses pemeliharaan 

yang tidak rumit berbanding dengan baka kambing import. Berat badan, harga serta 

kebolehjagaan anak yang tinggi menyebabkan baka kambing kacukan menjadi pilihan untuk 

pembelian induk. 

Walaupun begitu, untuk membaiki baka kambing, sejumlah kecil baka kambing import akan dibeli 

seperti baka kambing Boer serta baka kambing Jamnapari juga akan dibeli. Tujuan utama 

pembelian baka kambing jantan ini adalah untuk membaiki baka kambing kacukan yang 

sediaada serta menaikkan berat badan kambing bagi menghasilkan daging yang lebih tinggi. 

Bilangan kambing yang perlu dibeli adalah tinggi untuk mempastikan penghasilan anak dan baka 

yang mencukupi serta menguntungkan. Untuk projek ini, perancangan untuk membeli kambing 

induk betina sebanyak 200 ekor serta 20 ekor induk jantan supaya bilangan induk yang ada 

mencecah 250 ekor. Pada masa sekarang terdapat 25 ekor induk yang sediaada dan dijangka 

akan meningkat menjadi 30 ekor pada awal bulan April 2005. 

Nisbah diantara induk betina dengan baka penjantan adalah dikekalkan pada nisbah 10:1. Ini 

untuk memastikan penghasilan anak kambing akan mececah purata kelahiran setahun pada 

kadar 1.5 – 1.9 ekor setahun. 

Baka kambing juga disilangkan untuk menghasilkan anak yang sihat serta mempunyai harga 

pasaran yang tinggi kerana saiz yang lebih besar berbanding dengan kacukan tanpa kawalan. 

Untuk mempastikan ianya berlaku induk yang telah dikacuk dengan pembaka perlu direkodkan 

tarikh kahwin dan servis masing masih(sila rujuk lampiran) 

Berikut merupakan unjuran kos baka kambing untuk projek ternakan 

kambing. Baka yang dupilih adalah baka kambing Boer. 



NO KETERANGAN QTY HARGA/EKOR JUMLAH(RM) 

1 Jantan 50kg@ 12.00/kg 20 600 12000



2 Betina 30kg@12.00/kg 200 360 72000



 JUMLAH 84000

Berikut merupakan nilai kambing yang sediaada. 



NO KETERANGAN QTY HARGA/EKOR JUMLAH(RM)

1 Jantan 30kg@ 12.00/kg 9 360 3240



2 Betina 20kg@12.00/kg 20 240 4800



 JUMLAH 8040

Satu perbincangan telah diadakan dengan pihak RISDA Kelantan dimana mereka boleh 

membekalkan induk kambing Boer yang dipelihara di Kampung Wek, Machang serta di Kampung 

Domis, Tanah Merah untuk tujuan pembakaan dengan kadar RM12/kg pada harga ladang. 

KAMBING BAKA BOER 

Baka asli dengan campuran kambing dari European, Angora & Indian . Bertanduk dengan 

telinga yang bergelong. Berbagai warna dan corak. Dianggap sebagai kambing pedaging. Berat 

jantan diantara 110-135 kg; betina diantara 90-100 kg. Berkebolehan untuk menambahkan 

pengeluaran susu harian > 200 g/hari. Cepat matang - biasanya 6 bulan untuk jantan & 10-12 

bulan betina. Purata kadar ovulasi 1.7 telur/anak. Biasanya kadar beranak 200% . 

Memanjangkan tempoh musim beranak - 3 kali beranak dalam masa 2 tahun. Kadar bercerai 

susu 160%. Boleh meragut - impek terhad kepada rumput atas( grass cover). Perbelanjaan yang 

rendah untuk memelihara ternakan ini. 

Kambing jenis boer sebagaimana yang diternak di sini boleh dimakan oleh orang yang 

berpenyakit darah tinggi dan sebagainya, disebabkan kandungannya yang hanya 3% berbanding 

dengan ayam yang boleh mencecah hingga 16 %. 

 Harga pasaran semasa bagi sekilo daging kambing ini ialah antara RM10 hingga RM12. Lagi 

pula ia tidak memerlukan ruang yang luas untuk menternaknya. 

PEMBELIAN KAMBING UNTUK TUJUAN PENGEMUKAN 

Untuk mempercepatkan penghasilan pendapatan dirancang peruntukan RM15,000.00 dari 

pinjaman untuk tujuan pembelian anak kambing untuk tujuan pengemukan. Ianya perlu 

memandangkan harga akan yang dijual murah(biasanya oleh penduduk kampung) dan 

pemberian makanan dan dedak yang mencukupi membolehkan kambing dijual dengan harga 

lebih tinggi. 

PENJAGAAN KESIHATAN KAMBING 

Bantuan yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Kota Bharu dalam usaha 

memastikan kesihatan kambing terjaga adalah memuaskan. Bantuan dari segi penjagaan 

kesihatan serta perubatan kambing boleh diperolehi dengan senang serta cepat dari Jabatan 

Perkhidmatan Haiwan Daerah Kota Bharu, di Telipot, Kota Bharu, Kelantan. 

Perkhidmatan oleh Pejabat Perkhidmatan Haiwan boleh didapati dengen bayaran yang minimal 

boleh mengurangkan resiko kematian kambing. Bekalan vitamin serta garam jilat juga dibekalkan 

dengan harga yang berpatutan. 

4: FASA 4 – PENYEDIAAN MAKANAN DAN MINUMAN 

10. MAKANAN DAN MINUMAN

Makanan adalah perkara yang paling penting dalam pemeliharaan kambing. Makanan diperlukan 

untuk pembesaran, pembiakan, kesihatan dan juga akan menentukan untung ruginya sesuatu 

perusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang tinggi, ia merupakan 

sumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai kandungan bahan kering yang 

tinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan menjadi sumber tenaga.

Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut:

• protein

• karbohidrat (kanji)

• lemak

• vitamin

• zat galian

Jika zat-zat ini tidak mencukupi dan tidak seimbang ianya boleh menyebabkan penyakit kepada 

ternakan. Zat protein adalah penting untuk membina otot-otot yang kuat dan juga untuk proses 

pemulihan. Karbohidrat atau zat kanji penting untuk pembesaran. Vitamin walaupun diperlukan 

sedikit sahaja tetapi penting. Jika ianya tidak seimang atau kurang, boleh membawa gejala-gejala 

penyakit yang ketara. Kekurangan vitamin juga boleh menyebabkan ternakan tersebut lebih peka 

kepada sesuatu penyakit.

Garam galian diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihatan. Ini termasuklah garam 

galian seperti kalsium, phosphorus, natrium dan sebagainya. Garam-garam galian ini boleh 

didapati dari:

• garam biasa

• garam jilat

• dicalsium fosfat

• tepung tulang

• tepung ikan

Air juga adalah penting dalam pemakanan, ia bukan sahaja perlu untuk kawalan suhu badan, 

tetapi juga perjalanan zat dan membantu di dalam pengambilan zat oleh badan.

Jika makanan tidak mencukupi, kambing-kambing akan menjadi tidak sihat, sakit, kecil dan tidak 

membiak.

Zat-zat makanan ini boleh didapati dari bahan makanan berikut:

10.1 Rumput dan Kekacang

Rumput dan kekacang adalah bahan hijauan yang penting di dalam pemakanan kambing dan 

lain-lain ternakan ruminan. Rumput dan kekacang pada umur yang sesuai, bukan sahaja 

mempunyai nilai pemakanan dan zat yang penting, tetapi juga mempunyai bahan gantian yang 

penting bagi mengeluarkan susu yang berlemak.

Kuantiti yang banyak di samping adanya gentian kasar dapat merangsang perut besar supaya 

menjadi lebih cekap dalam penghadaman.

Bagi bahan hijauan seperti rumput dan kekacang yang baik yang boleh digunakan sebagai bahan 

makanan kambing adalah:

i. rumput guinea (Panicum) 

ii. rumput gajah (Panisetum purpureum) 

iii. rumput setaria 

iv. kekacang: Ipil-ipil/petai belalang 

 (Leucaenia leucocephala)

Rumput-rumput natif dan tanaman tempatan boleh juga digunakan sebagai sumber makanan 

untuk kambing di antaranya adalah:

i. daun ubi - hendaklah dilayukan dahulu sebelum 

 diberi makan untuk mengurangkan 

 kandungan racun 'cyanide' yang terdapat 

 pada daun tersebut.

ii. daun nangka - disukai oleh kambing sesuai untuk

 penggemukan

iii. rumput nyonya - tidak boleh diberikan terlalu banyak 

 (akar ruas-ruas) kerana boleh 

 menyebabkan kembung

iv. daun turi

v. Glyriciddia maculata

vi. daun mengkudu (merinda citriplia)

vii.daun pisang - hijauan yang disukai oleh kambing

 terutama yang muda dan bervitamin.

10.2 Makanan Penguat (Konsentrat)

Jika rumput atau kekacang tidak mencukupi, makanan tambahan adalah perlu. Makanan 

tambahan ini penting terutama sekali semasa bunting, sedang menyusu dan kepada anak 

kambing yang mengikut induknya. Ibu bunting atau yang mengeluarkan susu diberi sebanyak 1/2 

- 3/4 kg sehari manakala ibu yang kering dan anak-anak membesar diberikan sebanyak 1/4 kg 

sehari.

Makanan tambahan juga penting semasa cerai susu di mana tekanan akibat penceraian susu 

dan penyesuaian makanan mungkin berlaku. Anak kambing boleh diberi makanan tambahan 

beransur-ansur mulai umur 1 - 1.5 bulan. Makanan penguat diperolehi dari dedak halus, jagung, 

bungkil kelapa, bungkil kacang tanah, hampas tauhu dan sebagainya. Sebagai panduan 

makanan tambahan ini boleh dibuat dengan campuran dedak dan bahan-bahan sampingan 

pertanian, seperti:

i. 2 bahagian jagung 

 1 bahagian sekam atau dedak 

 1 bahagian hampas kelapa kering

ii. 40 kg dedak halus 

 39 kg tepung jagung 

 18 kg bungkil kelapa 

 3 kg campuran mineral (garam galian) 

10.3 Garam Galian (mineral)

Garam galian yang dibeli, bolehlah diikat pada dindingatau diletak di dalam bekas tertentu. Ini 

hendaklah sentiasa disediakan supaya kambing boleh mendapatinya bila-bila masa sahaja 

terutamanya pada induk kambing bunting.

10.4 Bekalan Air 

Air yang bersih perlu disediakan di sepanjang masa. Bekas air yang digunakan mestilah 

berkeadaan bersih dan ditukar airnya setiap hari. Bagi kambing yang mempunyai berat badan di 

antara 18 - 20 kg memerlukan 450 - 680 gm air sehari. Keadaan cuaca yang panas akan 

menggalakkan pengambilan air yang lebih terutamanya kepada kambing baka susu. Banyaknya 

air yang diminum bergantung kepada beberapa faktor seperti pengambilan bahan kering (dry 

matter intake), cuaca sekeliling, jenis makanan, suhu air dan keadaan fisiologi kambing sendiri. 

Kebiasaannya nisbah bahan kering dan air ialah 1:4.

KOS MAKANAN UNTUK PROJEK KAMBING SETAHUN UNTUK 250 EKOR KAMBING 



NO KETERANGAN HARGA(RM) 

1 Kos pengurusan garam jilat dan ubatan 500

2 Kos rumput/unit ternakan dengan harga 1 sen sekilo berat basah 3650

 Dedak kambing RM 15/25kg pada kiraan 

3 0.3kg/hari seekor (RM0.18/ekor) untuk 365 

hari 

 JUMLAH 20575

KOS ESET TETAP UNTUK KOS MAKANAN SERTA MINUMAN 

TERNAKAN 



NO KETERANGAN QTY HARGA(RM) JUMLAH(RM)

1 Bekas dedak kambing 5 ekor/bekas 30 5 150

2 Bekas air kambing 10 10 100

3 Kereta pemungah rumput(Kena tempah) 1 1500 1500

4 Mesin pemotong rumput 1 1000 1000

5 Bekas penyimpanan ubat serta garam mineral 1 50 50

 JUMLAH 2800

KOS BURUH UNTUK PENTERNAKAN KAMBING 

Tenaga buruh yang cekap serta effisen akan menjamin kejayaan projek ini. Oleh kerana projek 

ini banyak menggunakan alatan serta jentera terkini maka kos untuk buruh boleh diminimakan. 

Skop tenaga buruh yang diperlukan adalah: 

NO DESKRIPSI TUGAS MASA DIPERLUKAN 



Pembersihan kawasan kandang 



Pemberian rumput serta dedak 

Mesin rumput untuk ternakan 





Aktiviti pembersihan/selenggara padang ragut 

JUMLAH JAM KERJA 8 JAM 

Berdasarkan perkiraan masa kerja serta output yang dihasilkan, maka untuk penternakan 

kambing penggunaan tenaga kerja pada kadar 100 ekor/pekerja merupakan kos yang optima 

untuk meningkatkan pengeluaran ternakan kambing. 

Oleh kerana bilangan permulaan kambing adalah pada kadar 145 ekor maka elaun kerja lebih 

masa akan diberikan. 

Mengikut perancangan, pada tahun ke 3 projek, seorang pekerja boleh dihantar untuk 

mendapatkan latihan ternakan kambing komersial yang dianjurkan oleh Jabatan Haiwan di 

Ladang Infoternak, Sungai Siput Utara, Perak dimana kos pembelajaran akan ditanggung oleh 

projek ini. 

KOS BURUH UNTUK PROJEK TERNAKAN KAMBING 



NO DESKRIPSI JUMLAH(RM)

1 Seorang pekerja diperlukan untuk menyelia dan menyelenggara 4200

 penternakan kambing dengan gaji bulanan sebanyak RM350/bln 

2 Kerja lebih masa/ elaun khas 800

 JUMLAH GAJI UNTUK SETAHUN 5000



KESELURUHAN KOS UNTUK PENGURUSAN KAMBING 

NO KETERANGAN KOS(RM) 

1 Kos makanan untuk kambing seramai 250ekor/tahun 20575

2 Kos eset tetap untuk makanan serta minuman ternakan 2800

3 Kos buruh(1 orang - RM350/pekerja) 5000

 Jumlah Kasar 28375

 Jumlah kos untuk seekor kambing pada tahun 1 113.5

 Kos sebenar kambing setahun 97.8

5: FASA 5 – PROMOSI DAN JUALAN 

Promosi serta jualan yang mantap serta menarik akan menjamin kejayaan projek ini. Tanpa 

pelan pemasaran yang berjaya pasti projek ini akan mengalami kegagalan. Aspek pemasaran 

dan promosi merupakan satu espek yang amat penting dan peruntukan untuk promosi serta 

pemasaran amat perlu bagi menjayakan projek ini. 

Fasa promosi akan dijalankan pada pengujung bulan Jun 2005 selepas segala fasa selesai 

dijalankan. Ianya perlu dijalankan dengan cepat supaya kos operasi dapat ditampung dengan 

aktiviti jualan yang rancak serta promosi yang menarik. 

Pemasaran yang dirancang akan terbahagi kepada 5 fasa: 

Fasa 1- Iklan Statik – Penggunaan papantanda ladang ternakan serta papantanda jalan. 

Fasa 2- Promosi Brochures – Penghantaran brochures kepada pejabat – pejabat serta syarikat - 

syarikat. 

Fasa 3 – Temujanji serta lawatan – Lawatan serta perbincangan untuk pembekalan secara 

kontrak/pukal dengan pihak hotel/restoran serta penjual daging mentah di pasar – pasar. 

Fasa 4 – Permohonan pembekalan baka kambing dengan mendaftar sebagai pembekal baka 

kambing dengan Kementerian Kewangan serta Jabatan Perkhidmatan Haiwan 

Fasa 5 – Aktiviti membungkus daging untuk tujuan jualan di Pasaraya serta kedai dinginbeku. 

Fasa 1- Iklan Statik – Penggunaan papantanda ladang ternakan 

Pemasangan papantanda. 

Pemasangan papantanda merupakan iklan tanpa suara yang boleh membantu menaikkan jualan 

serta promosi. Iklan secara ini boleh memberikan inpak penting untuk pemasaran kerana ianya 

tidak memerlukan jumlah belanja yang tinggi serta dapat digunakan pada masa yang lama. 

Dicadangkan untuk membina 2 papantanda dijalan Pasir hor, yang merupakan antara jalan 

penting dengan kadar laluan mececah ribuan kenderaan sehari. Kadar trafik yang tinggi serta 

pengguna yang merangkumi dearah Machang, Tanah Merah, Pasir Mas serta Kota Bharu boleh 

dikatakan dapat memberikan inpak kepada 10% populasi pengguna yang menggunakan Jalan 

Pasir Hor. 

Papantanda yang menarik serta mempunyai tarikan akan memberikan impak kepada pengguna 

jalanraya Pasir Hor yang merupakan jalan pintas ke sekitar Bandar Kota Bharu dari Pasir Mas 

atau Kuala Krai. 

Papantanda ladang juga akan dibina untuk memudahkan pelanggan menghubungi pemohon 

untuk tujuan urusniaga. Ini penting kerana pelanggan akan mendapat maklumat yang cepat dari 

iklan papantanda ladang serta informasi yang terkandung didalamnya. 

Fasa 2- Promosi Brochures 

Penghantaran brochures kepada pejabat – pejabat serta syarikat – syarikat boleh menaikkan 

imej serta nama projek. Pelanggan yang berminat dapat menghubungi ladang dengan cepat 

melalui risalah yang diedarkan ke pejabat – pejabat. Pengenalan pakej yang menyenangkan 

pelanggan dijangka dapat menarik minat pelanggan untuk menbeli kambing ternakan. 

Brochures package serta harga 

Brochures package serta harga yang menarik akan dihantar kepada setiap jabatan kerajaan, 

swasta serta badan berkanun yang menerangkan konsep jualan serta sasaran jualan. 

Pengedaran risalah serta brochures akan dilakukan dengan lawatan ke pejabat – pejabat 

kerajaan serta swasta di sekitar Kota Bharu. 

Sasaran jualan terbahagi kepada 3 kelompok. 

A:Pembeli Individu – Dijangakan 60% dari perolehan adalah dari pembeli individu 

B:Pembeli swasta serta institusi – Program pemasaran pada peringkat hotel, restoran serta 

syarikat swasta. 

Untuk sasaran pembeli individu satu pakej yang menarik akan dilaksanakan. 

Berikut merupakan cadangan pakej untuk pembeli individu 

NO KETERANGAN PAKEJ HARGA 

1 Kambing hidup RM12-RM15/kg 

2 Kambing sembelih RM12-RM15/kg + upah 

3 Kambing sembelih + lapah RM12-RM15/kg+ upah 

4 Kambing sembelih + hantar RM 12 – RM15/kg + upah

5 Kambing sembelih + lapah + hantar RM12-RM15/kg+ upah 

Harga yang ditawarkan adalah bergantung pada pasaran semasa. 

Fasa 3 – Temujanji serta lawatan 

Lawatan serta perbincangan untuk pembekalan secara kontrak/pukal dengan pihak 

hotel/restoran serta penjual daging mentah di pasar – pasar. 

Pembeli swasta serta institusi 

Untuk pembeli syarikat swasta/institusi kerajaan/badan berkanun satu pakej yang menarik akan 

diberikan dan pada asasnya ia hampir sama dengan pakej untuk individu. 

Lawatan serta temujanji dengan pihak swasta terdiri dari pengusaha restoran serta hotel – hotel 

sekitar Kota Bharu akan dijalankan secara tetap an konsistan. 

Jadual lawatan serta temujanji akan dilakukan supaya semua aspek pemasaran akan dilakukan 

dengan sebaik – baiknya. 

Pada perancangan, setiap hotel serta restoran akan dilawati pada kadar 4 pelanggan 

berpontensi(potential custumer) sebulan. Oleh kerana pemohon berkerja tetap maka temujanji 

yang terhad tetapi bernas diperlukan supaya masa yang digunakan tidak dibazirkan. Kadar ini 

adalah memadai untuk mendapatkan reputasi yang baik dengan pihak hotel serta restoran. 

Untuk tujuan pemasaran serta promosi, peruntukan kewangan sebanyak 2% dari pendapatan 

kasar akan digunakan untuk tujuan tersebut. Kadar ini difikirkan mencukupi memandangkan 

ianya amat perlu bagi survival projek ini. 

Perkongsian pintar dengan penjual daging mentah di Pasar Besar sekitar Bandar Kota Bharu 

boleh menjamin bilangan kambing yang dijual akan meningkat. Perjanjian pembekalan dengan 

jaminan pembayaran segera akan dijalankan. Permasalahan yang biasa timbul dari urusniaga 

dengan penjual daging kambing di pasar besar adalah keupayaan bayaran balik modal yang 

digunakan. 

Untuk mengelakkan hutang lapuk berlaku dengan peniaga daging mentah, pembayaran perlu 

dilakukan sebelum penghantaran berikutnya dijalankan. Perkara ini perlu ditegaskan supaya 

projek tidak menanggung hutang lapuk denganm peniaga daging. 

Fasa 4 – Permohonan pembekalan baka kambing dengan mendaftar sebagai pembekal 

baka kambing dengan Kementerian Kewangan serta Jabatan Perkhidmatan Haiwan 

Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mendapatkan lesen pembekal baka 

kambing adakan diusahakan supaya ianya boleh menanpung kos operasi. Walaupun keuntungan 

dari kontrak adalah kecil tetapi ianya boleh digunakan sebagai salah satu cara mempelbagaikan 

sumber pendapatan projek. 

Fasa 5 – Aktiviti membungkus daging untuk tujuan jualan di Pasaraya serta kedai 

dinginbeku. 

PASARAN DAGING DINGINBEKU 

Fasa ini merupakan matlamat utama projek ini. Ini kerana aktiviti serta keuntungan yang 

diperolehi dari fasa ini adalah lumayan dan tidak perlukan tempoh yang lama untuk mendapatkan 

hasil. 

Dengan keupayaan menghasilkan kambing dengan purata 800 ekor setahun ini bermakna 

kambing untuk diproses adalah sebanyak purata 2.2 ekor sehari membolehkan penghasilan 

daging sebanyak 130- 150kg/sehari. 

Penghasilan daging ini boleh menampung keperluan sebanyak 260 peket daging dengan berat 

sebayak 1⁄2 kg sepeket. 

Jika penjualan daging peket dengan harga borong sebanyak RM 7/peket ini membolehkan 

pendapatan kasar daging dingin beku sebanyak RM1820/sehari. 

Daging – daging yang siap diproses akan dihantar ke pasaraya serta supermarket untuk jualan 

dan biasanya pembayaran akan dilakukan secara kredit selama 90 hari. 

Oleh kerana pasaran daging kambing tempatan tidak meluas dipasaran, maka dijangka projek ini 

mampu untuk bertapak dipasaran tempatan terutama dengan kemasukan ke pasaraya di sekitar 

Kota Bharu. 

 Memasuki pasaran pasaraya dimana menawarkan daging kambing yang siap diproses dan 

memiliki sijil HALAL. Pada masa sekarang, pertumbuhan yang mendadak syarikat hypermart 

seperti Pasaraya Fasific, Billion supermarket menberikan peluang yang cerah untuk memasuki 

pasaran daging dinginbeku dirangkaian pasaraya disekitan Kota Bharu. 

Pada masa sekarang, pasaran daging kambing tempatan adalah kurang dan bekalan sentiasa 

tidak mencukupi. Dirancang untuk menjual daging kambing tempatan yang siap dibekukan 

kepada peniaga – peniaga dagintg beku disekitar Kota Bharu. Bekalan yang mencukupi dapat 

disediakan dan ini akan menyakinkan peniaga untuk berurusan. 

Pemprosesan daging dinginbeku adalah dirancang pada tahun ke 3 projek dengan peruntukan 

RM40,000 – RM50,000 untuk tujuan pembinaan rumah sembelihan, tempat pemprosesan serta 

peti dinginbeku. Fasa ini akan dibincangkan lebih lanjut didalam perancangan masa depan. 

KOS UNTUK PROMOSI DAN JUALAN 



NO DESCRIPSI QTY HARGA(RM) JUMLAH(RM)

1 Papantanda ladang kambing 1 300 300

2 Papantanda jalan ladang kambing 2 300 600

3 Risalah dan brochures 4000 0.02 80

4 Life stock weight measurement 1 1500 1500



 JUMLAH 2480

Kos yang diperuntukan untuk tahun pertama adalah sedikit memandangkan bilangan kambing 

yang dihasilkan tidak begitu banyak dan ini boleh menjejaskan imej projek jika kambing tidak 

dapat dibekalkan seperti yang diminta. 

Kos untuk tahun ke 2 adalah sebanyak 2% dari pendapatan kasar operasi supaya pemasaran 

yang agresif dapat dijalankan. Peruntukan yang tinggi adalah perlu supaya kadar pusingan modal 

dapat dipertingkatkan. 

PERANCANGAN MASA DEPAN 

Faktor utama yang akan menjaminkan keuntungan projek ini adalah perancangan masa depan 

yang teratus serta mempunyai wawasan. 

Berikut merupakan perancangan masa depan projek ini: 

1: PEMBELIAN ASET TETAP - TANAH PERTANIAN 

Membeli eset tetap bercagar seperti tanah pertanian untuk menampung pertambahan kambing. 

Tanah pertanian yang terbiar boleh dimajukan dengan cara membeli atau menyewakan tanah 

tersebut. Pada perancangan, keuntungan bersih projek akan digunakan sebanyak 40% untuk 

tujuan membeli tanah padang ragut supaya bekalan makanan yang mencukupi dapat disediakan 

kepada ternakan. Peningkatan bilangan kambing tanpa disokong oleh pertambahan padang 

ragut akan menyebabkan kos operasi meningkat terutama pada musim tengkujuh. 

2: PEMBELIAN ASET TETAP – JENTERA PERTANIAN 

 Membeli jentera pertanian seperti mesin pembajak yang boleh menjana pendapatan sampingan 

dari sewaan. Mengikut perancangan, sebanyak 30% untung bersih akan digunakan untuk tujuan 

pembiayaan pembelian jentera pertanian supaya kerja yang dijalankan dapat disiapkan dengan 

cepat dan mengurangkan kos sumber manusia. 

Jentera pertanian yang ada boleh menjana pendapatan sampingan dari aktiviti sewaan oleh 

penduduk setempat. 

3: TANAMAN KONTAN 

Untuk mengurangkan kerugian pada peringkat permulaan projek, satu projek sampingan iaitu 

penanaman tanaman kontan seperti pisang dipadang ragut. Projek ini dapat menyumbang sedikit 

pendapatan dari hasil pertanian tersebut serta mengunapakai baja yang terhasil dari najis haiwan 

ternakan. Untuk memperbagaikan sumber pendapatan projek , perancangan untuk menanam 

tanaman kontan seluas 1 ekar supaya kos pengurusan dapat dikurangkan serta mengurangkan 

kerugian pada tahun pertama projek. 

Projek ini perlu untuk mengurangkan kos buruh dimana tenaga buruh boleh digunakan untuk 

menanam tanaman kontan supaya kos buruh boleh ditampung oleh penjualan hasil tanaman 

kontan. 

Tanaman jangka sederhana pendek seperti pokok nangka madu dirancang untuk ditanam di 

padang ragut yang akan dimajukan. Oleh kerana padang ragut dipagar serta tidak dibenarkan 

kambing lepas bebas ini membolehkan pokok nangka madu tumbuh dengan baik. Tujuan 

penanaman adalah untuk menjadi pokok teduhan serta memberikan pendapatan sampingan 

kepada projek ini. Dianggarkan sebanyak 100 pokok nangka madu akan ditanam diatas tanah 

seluas 3 ekar yang akan dimajukan sebagai padang ragut. 

Dianggarkan keuntungan dari penanaman tumpuhan teduhan adalah sekitar 10% dari 

keuntungan kasar projek nanti. 

4: KONTRAK/TENDER DARI KERAJAAN SERTA SWASTA 

Mendapatkan tender bagi mebekalkan daging kambing tempatan serta baka boer. Mengikut 

lapuran dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan Kelantan, Negara mengalami kekurangan baka 

kambing jenis boer yang dikacukkan dengan baka tempatan. Ini merupakan aktiviti sampingan 

dimana ianya bukannya satu fokus utama projek. Kontrak yang ada membolehkan penambahan 

keuntungan operasi dan dijangkakan ianya boleh menyumbang pendapatan 10% dari 

pendapatan kasar operasi. 

5: PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH SEMBELIHAN DAN BILIK DINGINBEKU 

Perancangan projek ini adalah untuk memastikan pengeluaran kambing tidak berlebihan dan 

boleh menjana pendapatan kepada projek. 

Kambing – kambing yang telah mencapai berat badan sekitar 30 – 40kg akan disembelih dan 

diproses untuk dipasarkan ke rasaraya serta supermarket. 

Proses pemyembelihan serta pemprosesan akan memenuhi syarat akreditasi Jabatan Pertanian 

dan Hasil Tani serta paling penting mendapat sijil HALAL sembelihan dari Majlis Agama Islam 

Kelantan(MAIK) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM). 

Kedua- dua keperluan perlu didapati sebelum projek ini dapat dilaksanakan dengan komersial 

supaya tidak timbul masalah berbangkit. Ini penting bagi menjamin mutu serta kepercayaan 

masyarakat terhadap daging kambing sembelihan projek ini tinggi. 

Projek ini memerlukan modal yang tinggi dan ianya memerlukan sumber dana khas untuk 

menjayakannya. 

PERBINCANGAN PROJEK. 

FAKTOR PEMASARAN 

Faktor utama yang boleh menjamin kejayaan projek ini adalah pemasaran hasilan kambing. 

Daging kambing yang dihasilkan perlu dipasarkan dengan cepat serta harga yang berpatutan 

supaya kos operasi dapat ditampung. 

Kambing yang berumur lebih setahun akan disembelih untuk mendapatkan daging bagi pasaran 

pasaraya. Pada umur setahun lebih kualiti serta kuantiti daging adalah pada tahap optima untuk 

mengurangkan kos operasi. Sembelihan yang berkala serta mengikut pasaran adalah perlu 

supaya harga daging dapat dikekalkan pada harga yang munasabah. 

Walaupun begitu 20% dari bilangan kambing untuk dijual akan disimpan untuk mencapai umur 2 

tahun bagi menyediakan kemudahan bagi ibadah akikah dijalankan oleh pelanggan. Ianya 

difikirkan sesuai dan penambahan bilangan yang disimpan bergantung kepada permintaan untuk 

ibadah akikah. 

Dijangkakan pada awal projek bekalan kambing untuk disembelih tidak mencukupi dan aktiviti 

pengemukan akan dijalankan dengan membeli kambing – kambing penduduk kampung yang 

berumur diantara 6 – 10 bulan untuk digemukkan. 

Projek ini mengurangkan resiko kekurangan bekalan kambing yang dihasilkan serta memberikan 

hasil pulangan yang singkat. 

Pembelian ternakan dari penduduk kampung secara borong mungkin dapat menurunkan lagi kos 

pembelian kambing untuk digemukkan. 

PENDAPATAN TETAP PEMOHON DAN ISTERI 

Untuk menampung kerugian pada tahun pertama, sebahagian pendapatan pemohon sebagai 

Ketua Jabatan Farmasi, Hospital Pakar Perdana akan digunakan untuk menbayar bayaran 

ansuran pinjaman. Dengan pendapatan sekitan RM3600 sebulan, pemohon yang hanya 

mempunyai liabiliti sebanyak RM 2000 sebulan masih boleh memperuntukan RM1600 sebulan 

untuk bayaran ansuran pinjaman. 

Ini memandangkan pemohon juga mempunyai isteri yang berkerja sebagai jururawat di Hospital 

Pakar Perdana dan mempunyai pendapatan tetap sekitar RM 1700 sebulan. Tanggungan yang 

kurang membolehkan pemohon membayar pinjaman walaupun projek tidak memberikan 

pulangan pada tahun pertama projek. 

Oleh itu, pemohon memohon tempoh “ grace period” selama setahun sebelum ansuran pertama 

pembiayaan pinjaman dilakukan. 

TANAH SERTA KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN 

Kesediaan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan memberikan tanah rizab padang 

ragut untuk dimajukan membuktikan pihak jabatan yakin dengan keupayaan pemohon untuk 

menjayakan projek ini. Surat kebenaran meyewa telah diberikan bermakna Jabatan 

Perkhidmatan Haiwan percaya projek mempunyai potensi untuk berdaya maju. 

Tanah – tanah yang terbiar dan kesediaan tuan – tuan tanah untuk menyewakan tanah 

memainkan faktor penting bagi mengurangkan kosa operasi. Ini kerana kos menyewa tanah yang 

murah(RM100/ekar setahun) memberikan kelebihan untuk projek ini berdaya maju. Walaupun 

begitu, permasalahan yang bakal timbul adalah tuan – tuan punya tanah berkemungkinan 

mengambil balik tanah untuk diusahakan sendiri. 

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, projek ini hanya akan menanam rumput sahaja ditanah 

yang disewa dan tidak mendirikan fesiliti – fesiliti yang menpunyai nilai aset yang tinggi. Jika tuan 

– tuan punya tanah ingin mengambil semula tanah ia perlu membina sendiri fesiliti – fesiliti yang 

berkaitan dengan penternakan kambing. 

Fesiliti yang digunakan ditanah sewa adalah pagar yang diperbuat dari pukat(untuk mengelakkan 

padang ragut dicerobohi). Jika tuan – tuan tanah mengambil balik tanah, pukat ini boleh diambil 

semula dan digunakan ditempat lain tanpa melibatkan kos yang tinggi. 

Kesemua fasiliti yang mempunyai nilai aset tinggi dibina diatas tanah milik Jabatan Perkhidmatan 

Haiwan serta tanah milik pemohon. Fasiliti yang mempunyai nilai aset tinggi seperti kandang 

serta jentera diletakkan diatas tanah milik pemohon. 

BEKALAN RUMPUT SERTA MAKANAN TAMBAHAN 

Bekalan rumput yang tinggi terutama dari pembangunan padang ragut menjamin pertumbuhan 

ternakan secara konsistan. Penanaman rumput jenis bermutu tinggi serta tahan cuaca 

membolehkan kambing mendapat khasiat yang diperlukan. Walaupun begitu, kambing akan 

dibiarkan lepas bebas pada tempoh – tempoh tertentu supaya ia boleh meragut herba – herba 

yang berkhasiat. 

Salah satu dari padang ragut dikhaskan satu petak untuk kambing lepas ragut secara bebas. Ini 

penting supaya kesihatan serta mutu daging yang dihasilkan tinggi. 

Penggunaan bahan- bahan buangan hasil pertanian seperti hampas kelapa serta hampas tebu 

yang mempunyai nilai zat permakanan yang tinggi boleh menjamin pertumbuhan kambing yang 

mampan. 

Begitu juga hasil lebihan kilang roti serta kilang mee basah boleh digunakan untuk menambah 

gizi kambing. Kepelbagaian permakanan akan meningkatkan mutu daging. 

Walaupun begitu, makanan tambahan iaitu dedak perlu diberikan dan ianya mudah didapati. 

Untuk projek ini, satu perjajian dengan kilang pembuat makanan kambing akan diadakan untuk 

mendapatkan bekalan dengan cepat serta mengurangkan kos. 

Bekalan baja untuk pembangunan padang ragut dapat dikurangkan dengan menggunakan najis 

ternakan sebagai sumber baja. Najis yang dikumpul akan dibakar terlebih dahulu sebelum 

digunakan untuk memastikan parasit seperti cacing yang ada didalam najis dibunuh terlebih 

dahulu. 

SOKONGAN SERTA KEPERCAYAAN JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN 

Projek ini mendapat sokongan padu dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan Kelantan dengan 

menyediakan tapak projek seluas 0.75 ekar serta bekalan benih rumput yang diberikan dari 

Ladang Jabatan di Pasir Puteh, Kelantan. 

Jabatan juga menghantar pegawai – pegawai mereka untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan 

terhadap kambing setiap 3 bulan sekali. Dengan bantuan yang baik dari Jabatan, ia boleh 

mempastikan penjagaan kesihatan serta khidmat nasihat yang berterusan dapat disediakan 

untuk projek ini. 

PERKEMBANGAN PROJEK. 

Pemohon telah mengeluarkan modal sebanyak RM 20,000 untuk membangunkan projek ini. 

Antaranya ialah pembelian baka induk betina dan jantan, pembinaan kandang induk dan baka 

serta pembersihan padang ragut. Ditaksirkan bahawa modal pemohon telah berkembang ke 

angka RM 25,000 mengikut anggaran semasa. Dengan pinjaman yang didapati, projek ini boleh 

diperkembangkan dnegan lebih pesat dan mengurangkan masa untuk mencapai keuntungan 

optima. 

KADAR FEADAH PINJAMAN YANG MENARIK 

Pinjaman melalui skim Fund For Food(3F) yang menawarkan kadar feadah 3.75% memberikan 

galakan menarik untuk memajukan projek ini. Ini memandangkan kadar feadah yang rendah 

membolehkan projek ini berdaya saing dan mengurangkan kos pinjaman jika pinjaman secara 

kovensional. Kadar pinjaman ini boleh ditampung dengan keuntungan projek yang dijangka 

untung pada tahun ke 2 projek. 

TEKNOLOGI TERKINI PENGEMUKAN KAMBING 

Satu kajian yang dilakukan di Mesir untuk menpercepatkan pengemukan kambing secara intensif 

akan dijalankan bagi membolehkan kambing dituai pada usia 1 tahun dengan berat badan 

seberat 25kg. 

Teknologi yang menggabungkan penggunaan formulasi makanan tambahan serta persekitaran 

yang sesuai untuk proses pengemukan akan dilaksanakan. 

Secara asasnya penggunaan makanan tambahan berunsurkan karbohidrat tercerna dengan 

penggunaan kandang yang terkawal suhu serta cahaya boleh menaikkan berat badan kambing 

sebanyak 64% berbanding dengan penggunaan makanan tambahan. 

Secara asasnya penggunaan rumput akan memberikan kenaikan berat badan sebanyak 51g/hari 

dan menggunakan makanan tambahan boleh menaikkan berat badan kepada 71g/hari. 

Penggunaan teknik terbaru boleh meningkatkan berat badan kepada 112g/hari dengan 

pengembelingan teknologi serta permakanan yang seimbang. 

SOKONGAN SERTA PROJEK PERDANA MENTERI 

Langkah Kerajaan untuk membina lebih banyak ladang kambing di seluruh negara diharapkan 

dapat mengurangkan import sebanyak 500,000 kambing setiap tahun. Ladang ternakan kambing 

boer PERDA di Kubang Menderong, Pulau Pinang yang disokong sepenuhnya oleh Perdana 

Menteri membayangkan bahawa kerajaan serius membangunkan sektor ternakan kambing 

sebagai punca pendapatan sampingan. 

KESIMPULAN 

Dengan kajian yang dilakukan dengan mendalam oleh pemohon bersama pengalaman yang ada 

serta pendapatan tetap yang diperolehi maka dijangkakan pemohon tidak mengalami masalah 

untuk membayar pinjaman yang dikeluarkan oleh Bank Pertanian Malaysia sebanyak 

RM130,000.00. Aspek – aspek pemasaran serta potensi pasaran yang dicadangkan saya pasti 

projek ini dapat memberikan keuntungan pad tahun ke 2 operasi serta meningkatkan lagi minat 

golongan siswazah untuk menceburi bidang penternakan sebagai usaha yang boleh 

dikomersialkan.

0 comments:

Post a Comment