Profil Usahawan “From Zero-To-Hero”
Larry Ellison (Oracle)
Profile Usahawan pilhan saya adalah LARRY ELLISON (Lawrence Joseph Ellison) lahir
pada 17 Ogos 1944 di Manhattan, New York, Amerika Syarikat.Sekarang berusia hampir
71 tahun. Merupakan billionaire yang berusaha sendiri tanpa warisan keluarga. Larry
dikenali sebagai Pengasas Bersama (Co-Founder) kepada Oracle Corporation. Pada
tahun 2015 ini, Larry memegang Nombor 5 Senarai Billionair dengan nilai USD
54.3 Billion.
Larry memegang jawatan CEO iaitu Chief Executive Officer sejak
tahun 1977 iaitu selama 35 tahun, suatu jangka masa yang panjang. Setelah lama
memegang jawatan CEO selama 35 tahun, pada tahun 2014, Larry mengambil
keputusan mengundur diri dan melantik Safra Catz dan Mark Hurd sebagai CEO kepada
Oracle.Namun, Larry tetap sebagai Pengerusi (Chairman) Oracle dan Chief
Technical Officer (CTO). Larry juga merupakan
pemegang saham terbesar sebanyak 25% bersamaan 1.1 Billion Saham di Oracle, 98%
bersamaan USD300 million dengan syarikat Lanai Island, di Hawaii Amerika
Syarikat.
Deskripsi Product atau Servis
Oracle merupakan salah satu perniagaan berasaskan perisian
pengkalan data (database-software business) yang terbesar dan pembekal utama program
perniagaan di dunia. Oracle dinilai dengan USD 182.7 Billion.
Sejarah keluarga dan pendidikan
Wanita yang melahirkan Larry, Florence Spellman berusia 19
tahun dan tidak berkahwin. Ketika Larry berumur 9 bulan, Larry dikesan dengan
penyakit pneumonia. Oleh sebab itu, Florence mengambil keputusan untuk menjadikan
Larry anak angkat kepada nenek dan datuk saudaranya, Lillian dan Louis Ellison. Larry
hanya tahu mengenai berita ini ketika usianya 12 tahun.
Tamat Sekolah Tinggi South Shore pada 1962, keputusan Larry
sangat cemerlang. Larry diterima masuk
ke University Illionois. Pada akhir tahun keduanya, ibu angkat Larry iaitu
Lillian meninggal dunia kerana barah. Akibat menanggung kesedihan, Larry
berhenti belajar. Beberapa ketika kemudian, Larry mula menyambung semula
pelajaran di University Chicago dalam jurusan Fizik dan Matematik. Namun, Larry
berhenti selepas beberapa lama. Pada ketika itu,ayah angkatnya, Louis
berkeyakinan bahawa anaknya itu tidak akan berjaya.
Bagaimana perniagaan bermula
Pada zaman Universitinya, untuk kursus Fizik, Larry berkesempatan
belajar mengenai subjek ‘Computer Programming’. Larry mula menjadikan ‘computer
programming’ sebagai kerjaya bebas dan mula menyukainya lebih dari sesi
akademik.
Seingatnya, “My short attention
span didn’t work against me because I could get programs written very quickly”,
dan ,“I ended up making quite a lot of money, and I only had to work a few days
a week. It was fun and it was easy. And nobody cared if you were a Ph.D. from
MIT or had never finished high school.”
Pada 1966, Larry memulakan
kerjaya di California sebagai “Programmer” dan sering bertukar-tukar syarikat
bekerja. Motivasinya ketika itu hanyalah untuk mendapatkan wang saku ke
Yosemite Valley untuk bercuti dan memanjat gunung.
Pada 1977, Larry
bekerja dengan syarikat Ampex Corporation, yang mana projek utama ialah membina
pengkalan data untuk CIA (pertubuhan) dengan nama kod: Oracle. Dengan itu, ia
adalah permulaan motivasi kepada Larry untuk bekerja sendiri dan menjadi boss
kepada dirinya sendiri.
Bersama-sama dengan bekas penyelianya, Robert Miner,
mereka berdua sama-sama mengasas “Software Development Labs” atau SDL dengan
modal USD 2,000 sahaja. Pada ketika itu, mereka berhasrat untuk membuka
syarikat “consultation” tetapi meneruskan sebagai syarikat “software” atau
perisian.
Motivasi mereke semakin jitu kerana mereka berpendapat seiring
perkembangan teknologi perkakasan computer atau “computer hardware technology
development” , terdapat potensi besar dalam perisian pre-pakej yang sedia
diguna. Larry sangat yakin bahawa jika mereka berjaya membangunkan satu program
penting dan boleh diguna untuk berbagai jenis syarikat berbeza, ini akan
menguntungkan mereka. Ketika itu, mereka dihujani dengan soalan apakah produk
yang berpotensi itu.
Selepas membaca
petikan akbar dari E.F.Codd berkenaan “A Relational Model of Data for Large
Shared Data Banks", ketika itulah Larry mendapat idea untuk produk mereka.
E.F.Codd pada waktu itu sedang bekerja dengan IBM untuk konsep baru berkenaan
dengan “Structured Query Language (SQL)”.Walaupun SQL berjaya, IBM tidak nampak
potensi komersial yang lebih besar seperti mana Larry dapat melihatnya.
Bagaimana perniagaannya berjaya
Setelah mendapat idea, Larry dan Robert mula mereka program
pengkalan data (database) yang boleh diaplikasikan untuk kedua-dua desktop dan komputer kerangka utama (mainframe computer). Berturutan itu, mereka menukar
nama syarikat kepada “Oracle”, mereka mengeluarkan produk utama iaitu pengkalan
data Oracale (Oracle database).
Versi untuk program permulaan ialah Oracle 2 yang mana ini
adalah strategi Larry untuk memberi
gambaran bahawa semua masalah pada versi Oracle 1 telah diusahakan dan
dikenalpasti.
Pelanggan perniagaan pertama kepada Oracle ialah Central
Intelligence Agency (CIA) atau Agensi perisikan untuk Amerika Syarikat dan
Wright Patterson Air Force Base . Ketika projek ini dijalankan pada 1980,
Oracle hanya mempunyai 8 pekerja, seterusnya, pada 1981, IBM telah menggunakan SQL Oracle untuk
komputer kerangka utama (mainframe
computer) sendiri. Sejak itu, Oracle menjangka
jualannya akan meningkat dua kali ganda untuk tempoh tujuh tahun.
Pasang surut perniagaan
Pada 1986, Larry menawarkan Oracle sebagai syarikat terbuka
atau public company. Dengan kaedah ini,
Oracle mendapat tawaran terbuka sebanyak USD 31.5 juta (million).
Memandangkan nilai yang Oracle perolehi sangat besar, ini medatangkan masalah
baru kerana Oracle masih baru dan disokong oleh pekerja-pekerja yang kurang
berpengalaman.
Ini kerana pada 1990, Oracle hampir berada di ambang kesukaran.
Ketika ini, Oracle mencatat kerugian dan
terpaksa menghentikan separuh dari perkerjanya. Oracle juga pernah dibawa ke
mahkamah kerana mengeluarkan penyata kewangan yang bermasalah.
Setelah menyelesaikan kes-kes mahkamah, Oracle hampir
muflis.
Modal pasarannya jatuh kepada 80% (market capitalization) dan perkara
ini menjadi berita panas kepada penganalisa perniagaan. Walaupun begitu, Larry
tetap komited dan berkeyakinan dengan Oracle. Larry membuat strategi baru
dengan memilih pekerja yang lebih berpengalaman dan profesional dan mengakui
bahawa Oracle memerlukan bantuan dan perubahan perlu dilakukan untuk terus
bertahan.
Dengan itu, Larry memilih pengurusan baru untuk bahagian
pengurusan perniagaan Oracle manakala Larry memilih untuk memberi tumpuan dalam
perkara terbaik yang sentiasa dilakukan olehnya iaitu pembangunan produk. Dalam jangkamasa 2 tahun, Oracle berjaya
menyelesaikan pelbagai masalah dalaman dan berjaya mendahului industri dengan
mengeluarkan Versi baru yang berjaya menguasai pasaran.
Kejayaan Oracle mula berkembang pada zaman 1990-an. Dalam
tahun 2000, keuntungan bersih Oracle
meningkat sebanyak 76%. Ini kerana, kebanyakan pelanggan Oracle adalah daripada
bank, syarikat penerbangan dan syarikat
rantaian peruncitan (retail supply chain)
Kelebihan yang menyumbang ke arah
kejayaan perniagaan
Kelebihan Oracle adalah kerana mempunyai rangkaian produk
yang luas merangkumi business intelligence, aplikasi perniagaan, Virtual Box
dan sebagainya tetapi produk terunggul Oracle ialah produk pengakalan data
(database).
Pengkalan data Oracle mempunyai ciri-ciri terbaik untuk sebuah
pengkalan data, malah mempunyai
keselamatan (security) data dan pentadbiran (administration) data yang
baik.
Selain itu, ciri-ciri lain Oracle yang tidak dapat
ditandingi adalah dapat merendahkan kos untuk Server dan Storage data.
Oracle
juga dapat menghapuskan ketidakperluan data tidak aktif (idle redundancy) di
pusat data (data center),
menambahbaikkan prestasi sistem dan meningkatkan produktiviti pentadbiran pengkalan data (DBA).
Ini
membolehkan Oracle dilihat sebagai paling efisien atau cekap yang berkadaran
dengan harga bajet sebuah organisasi tanpa bimbang kepada kos perkakasan
(hardware).
Edisi pilihan produk Oracle terdapat pada Standard Edition, Express
Edition, dan Enterprise Edition,yang boleh dipilih mengikut kesesuaian kehendak
pelanggan.
Oracle juga boleh didapati dalam sistem operasi komputer yang luas,
dari MS Windows hinggalah kepada Unix IBM AIX, HP UX, Solaris dan lain-lain sistem operasi.
Manfaat lain ialah Oracle boleh berkembang ke arah
pembangunan aplikasi. Ini kerana Oracle PL/SQL adalah bahasa asal kepada
kebanyakan aplikasi.
Oracle juga mempunyai fungsi analisis yang sangat cekap
untuk jumlah data yang besar.
Kecemerlangan Oracle antara lain adalah kerana pengurusannya sangat tegas dalam
skop perniagaannya, telus dalam etika perniagaan (built-in transparent), sesuai
untuk arus antarabangsa, berprestasi tinggi, dan dapat mengurangkan kos operasi
syarikat pelanggan, malah sentiasa memberikan pulangan positif ke atas pelaburan
syarikat pelanggan.
Terdapat banyak teknologi dalam Oracle yang membantu
syarikat dapat menjalankan perniagaan dengan baik. Ini menjadikan Sistem Oracle
kelihatan kompleks tetapi amat istimewa
kerana menunjukkan Oracle sukar ditembusi, sempurna dan fleksibel.
Falsafah perniagaan dan strategi
perniagaan
Larry bercita-cita menjadikan Oracle sebagai syarikat
perisian nombor satu di dunia.Pada hari ini, Oracle merupakan nombor dua
selepas Microsoft. Larry juga menjadikan General Electric (GE) sebagai contoh
kerana amat mengagumi pengurusan perniagaan GE.
Rujukan:
0 comments:
Post a Comment