Sunday, 29 March 2015

SENARAI 10 RND PRODUK



Produk-Produk RnD

                            


Produk:   ‘V-Grooving’ - Pemotongan Buluh

Teknologi yang merupakan pertama kali diperkenalkan di dunia merupakan kaedah baru pemotongan bagi meratakan permukaan buluh untuk dijadikan pelbagai bahan lain seperti papan, lantai dan pengganti bahan industri yang berasaskan kayu. V-Grooving memotong alur berbentuk V di sebelah luar batang buluh menggunakan mesin khas. Setiap alur akan mempunyai “grooving cease” setinggi 1 mm bagi mengekalkan segmen buluh sentiasa bersambung dan bertindak sebagai engsel semasa diratakan
                 


Info lanjut sila Hubungi: Prof. Madya Dr. Edi Suhaimi Bakar

Alamat:      Fakulti Perhutanan
                   Universiti Putra Malaysia, Serdang

Tel:            +603-89467165

Emel:          edisuhaimi@upm.edu.my




Produk: ‘ManjaProtect’ - Rencat Pertumbuhan Sel Barah
Pangkal Rahim
                  
ManjaProtect adalah sejenis produk daripada ekstrak tumbuhan manjakani dan mengandungi asid galik, vitamin C dan selenium yang bersinergi antara satu sama lain menjadikannya sesuai bagi pencegahan barah pangkal rahim
kandungan produk yang rendah protein dan lemak tetapi tinggi dengan karbohidrat ringkas membolehkannya sesuai diambil oleh semua golongan.
Sasaran pengguna produk ini adalah merangkumi pesakit renal, kardiovaskular serta kencing manis.

Info lanjut sila Hubungi:   Dr Hasmah Abdullah

Alamat:   Program Kesihatan Persekitaran @ Pekerjaan
                Universiti Sains Malaysia (USM)

Tel:          09-7677534

Emel:        rapeah@kck.usm.my




Produk:   4 Moons Booster’ - Minyak Tanpa Bahan Kimia
                                   
produk yang dikenali sebagai 4 Bulan Booster yang inoculants kimia berasaskan digunakan untuk mengurangkan tempoh penuaian Gaharu 8-12 bulan untuk hanya 4 bulan bersama pengambilan gaharu minyak pati. Produk ini mendapat permintaan yang tinggi dari negara-negara lain seperti Vietnam dan Indonesia. Sebelum ini, proses untuk menghasilkan minyak gaharu akan mengambil masa di antara lapan sehingga 12 bulan. Bagaimanapun, dengan menggunakan produk ini, pengu¬saha akan dapat menuainya dalam jangka masa empat bulan dan minyak yang dihasilkan juga lebih banyak daripada proses sebelum ini.

Info lanjut sila Hubungi: Prof Dr Ku Halim

Alamat:      PUSAT PENYELIDIKAN ALAM SEKITAR
                   UiTM Shah Alam, Malaysia

Tel:            603-55436306

Emel:         kuhalim@salam.uitm.edu.my

                             
                                      
Produk:    Mycogold    

Produk ini dibangunkan oleh sebuah syarikat iaitu Syarikat  Malaysian Agri Hi-Tech Sdn Bhd dengan kerjasama UPM. Mycogold adalah produk premier syarikat. Ia adalah sebatian kulat tanah yang berfungsi untuk memastikan inokulasi tumbuhan dan tanaman berkesan, selain meningkatkan ketahanan dan produktiviti pokok kelapa sawit.

Info lanjut sila Hubungi: Mr. Yusof

Alamat:      Malaysian Agri Hi-Tech Sdn Bhd
                   Lot 146, 147, 154, 155, Lorong P/AM 1/1 Arab,
                   Malaysian Industrial Park,
                   71800 Negeri Sembilan.
                  
Tel:             0111-5395040

Emel:          sales@mycogold.com




Produk:      GranuMas”- Tisu Tulang Sintetik

Produk tisu tulang sintetik merupakan produk pertama di Malaysian dan Asean. Produk ini menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik Malaysia (SIRIM, UKM, UIAM, USM  dan Agensi Nuklear Malaysia). Ia merupakan produk yang menjadi bahan alternatif yang sangat baik untuk memperbaiki kecacatan tulang.

Info lanjut sila Hubungi:   Mohammad Afandi Ahmad

Alamat:     GranuLab (M) Sdn Bhd
                   Lot 14 Jalan Anggerik Mokara 31/4,
                   Kota Kemuning,
                    40460 Shah Alam,
                    Selangor, Malaysia.

Tel:             603-51249622

Emel:          afandi@.granulab.com




Produk:    “Buds For Baby”- Produk Penjagaan Bayi Organik

Produk mesra alam  yang direka khas untuk penjagaan diri dan  rawatan kulit untuk bayi. Produk diadaptasi daripada formulasi dengan menggabungkan bahan-bahan semula jadi seperti minyak kelapa sawit. Produk adalah dalam bentuk cecair, semburan, gel dan losyen yang bertindak sebagai agen pembersihan. Syarikat I-Green Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menghasilkan produk ini mendapat kelulusan daripada pihak hospital dalam membekalkan produk penjagaan bayi.

Info lanjut sila Hubungi:

Alamat:     22A, Jalan Meranti SD 13/5,
                  Bandar Sri Damansara,
                  52200, Kuala Lumpur, Malaysia.
             
Tel:            03-62729782
       
Emel:        enquiry@budsbaby.com / enquiry@i-green.com.my

     

Produk:   Greenfinity TM”- Alat Pengecas Tenaga Suria  

Kisah penduduk pendalaman yang mempunyai telefon bimbit  tetapi tidak dapat mengecas kerana ketiadaan elektrik  telah mendorong Dr. Nowshad Amin iaitu Profesor Madya di Jabatan Elekrikal, Elektronik dan Sistem  Kejuteraan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mencipta pengecas tenaga suria. Alat ini berukuran 19 cm x 36.5 cm, ia bukan sahaja mampu mengecas telefon bimbit  tetapi dapat menyimpan bateri untuk memasang lampu di waktu malam. Ia juga turut mampu membekalkan tenaga bagi menghidupkan peralatan eletronik kecik. Alat ini jual dengan harga RM 150 dan diberi jaminan penggunaannya selama 25 tahun dan boleh mengecas dua buah telefon bimbit serentak dan memakan masa selama 1 hingga 2 jam bagi sesebuah telefon bimbit. Greenfinity TM menyediakan tenaga bersih dan selesa tanpa sebarang penghasilan gas rumah hijau.

Info lanjut sila Hubungi:  Dr Nowshad Amin

Alamat:    Jabatan Elekrikal, Elektronik dan Sistem  Kejuteraan 
                 Universiti Kebangsaan Malaysia.  

Tel:             +603 8921 5540/5085/3370  

Emel:         pkk@ukm.my






Produk:        Rambuseed Florentine”- Snek Biji Rambutan 

Rambusees Florentine adalah snek yang dihasilkan oleh seorang penyelidik UITM yang menggunakan 40 peratus  biji rambutan yang dikeringkan sebagai bahan utama. Mohamad Azli Razali yang merupakan pensyarah di Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan menyatakan bahawa Florentine adalah sejenis manisan yang berasal dari negara Itali. Keunikan produk ini adalah dihasilkan daripada bahan terbuang penggunaan biji rambutan yang telah dikeringkan dan dapat mengurangkan kos pembuatan snek tersebut . Snek ini juga terbukti mampu dijadikan sebagai makanan kesihatan.

Info lanjut sila Hubungi:  Mohamad Azli Razali

Alamat:   Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UITM.

Tel:          09-7677534

Emel:     azlirazali77@yahoo.com  




Produk:   Antimos”- Non-Toxic Mosqoito And Cockroach     
              Repellent

Produk ini dihasilkan di bawah Syarikat Antimos Technology Sdn. Bhd. Produk diperbuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan iaitu serai wangi. Antimos berupaya menghalau nyamuk dan serangga serta mengeluarkan bauan yang menyenang iaitu berfungsi sebagai penyegar udara. Produk ini disah tidak beracun dan selamat digunakan.

Info lanjut sila Hubungi:

Alamat:     Antimos Technology Sdn Bhd.
                  21, Jalan Lombong Emas 2,
                  Kawasan Industri Ringan,
                  MPS 70200 Seremban,
                  Negeri Sembilan.

Tel:            06-7674872

Emel:         casey@mosquitosrepellent.com



 
                                                                     

Produk:   ES-11 Electric Scooter”- Skuter Tenaga Elektrik

Produk ES-11  Skuter (e-skuter) elektrik adalah produk yang dibangun hasil penyelidikan dan pembangunan syarikat sendiri. Ia adalah produk kenderaan bermotor pertama yang digerakkan menggunakan kuasa elektrik. Syarikat  yang memperkenalkan produk ini dikenali sebagai Eclimo Sdn Bhd. Produk ini dicipta untuk digunakan ditengah-tengah bandar dan menggunakan bahan yang mempunyai daya tahan  yang tinggi serta mempunyai 8 warna pilihan.


Info lanjut sila Hubungi:

Alamat:     Eclimo Sdn Bhd
                  Jalan Lima, Tanjung Tokong,
                  10470 Georgetown,
                  Pulau Pinang, Malaysia.

Tel:            +60 4-898 1018

Emel:         info@eclimo.com.my

0 comments:

Post a Comment